Pages




30 Jul 2015

Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar


Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar | Pernah tak rasa sedemikian? Aku sedang mengalami sakit ini. Sakitnya tuh di sini, di geraham aku.. 
Sebenarnya aku tak tahu sakit ini aku sahaja yang rasa atau orang lain alami benda yang sama. Sebab aku pernah post pasal ketumbuhan gigi bongsu belah kiri atas tapi aku tak rasa dia makin membesar. Selepas sebulan ke dua bulan, aku tak rasa sakit sebagaimana yang orang katakan. Tak rasa gigi tu sedang membesar. 
Kali ni gigi bongsu belah bawah kiri pula yang nak tumbuh. Ini TERSANGATLAH sakit. Gigi belah bawah kali ni tiada ruang nak tumbuh sebab aku rasa macam melekat je dengan pipi aku. Uwaaaa. Selepas raya keempat masa balik ke sini baru terasa gigi tu nak tumbuh. Aku takut jadi sebagaimana atas ni. Awal-awal je rasa sakit lepas tu sepi tak sakit belaka. 
Kali ni sakitnya, adalah ketika memberus gigi, semasa mengunyah makanan belah kiri, ketika menguakkan mulut. Memang sakit yang amat!! Kakak ipar Wardah seorang nurse jadinya adalah sumber rujukan nak tanya tentang gigi ni. Dia kata kene pergi klinik kalau nak cabut. Kawan gak ada kata, kalau dah tak tahan sakit atau sampai demam2 kene pergi klinikk. Uwaaa. T.T
Kita tengok bagaimana sebulan dua lagi. 
Takut aku seorang je rasa sakit awal-awal, lepas tu tak sakit daaa. :(

Bila Gigi Bongsu Tiada Ruang Nak Membesar |


28 Jul 2015

Kisah 1 Warna Warni 1 Syawal

Kisah Warna Warni 1 Syawal | Hai semua. Haha baru je nak update pasal raya pertama yang best sangat! Tema warna apa tahun ni korang? Warna tema raya tahun ni ialah kuning keorenan. *Wardah ada masalah nak upload gambarlah. Dia tulis bad request. Hmm ni yang macam nak buat blog baru je ni..*
Kisahnya pada pagi Syawal ni. Kamilah selalunya keluarga yang akan tiba lewat dekat rumah nenek. Mana taknya, dengan adelah orang-orang tu bangun lewat. Macam manenya nak gerak pagi-pagi. Al-kisahnya, selepas je kami siap-siap, baru je lepas balik solat sunat raya tu. Kami pun nak lah bergambar 1 keluarga. 
Memang tengah setting hp masa tu buat self timer. Guna selftimer je amik gambar. Guna hp adik. Sekali tengah-tengah setting bunyilaaa KRING KRING KRING telefon rumah berdering. 
"Haa, assalamualaikum. Dah gerak ke belum?" 
Wardah yang jawab. Dek kerana lurusnya Wardah "Waalaikumsalam, hmmm tengah ONTHEWAY ni."
Lepas tu kene bebel dengan mak sedara. 
"Haaa? Ni kan telefon rumah, takkanlaa bawa sekali telefon rumah dalam kereta? Duk ONTHEWAY ONTHEWAY sangat."
hahahaha. Agaknya kat rumah nenek tu duk ketawa sakan pasal lawak pagi raya ni.
Sekian cerita lawak yang tak berapa lawak pada 1 Syawal. 


27 Jul 2015

Bestie Dah Nak Tukar Status


Melihatkan kepada tajuk tu. Seriusly bestie akan tunang 1hb Ogos ni. Waaaa. Macam mana Wardah nak balik Melaka sebab baru je balik daripada cuti raya seminggu. Sekarang pun kerja berlambak-lambak. 

Tak tahu macam mane. Keluarga suruh pergi sebab kawan karib kan. bestie lajak kowt. Adeh. 

Dia plak nak bayarkan tambang pergi balik ke Melaka dan ke Kelantan semula. 

Huhuhuhu. 

Nak pergi ke tak ni nak pergi ke tak. 

Confusing sangat-sangat ni.

Minggu depan kene hantar 3 tugasan. Minggu ni alhamdulillah dah setel separuh kerja mengutip data-data kat murid-murid. 

Sekarang kene pergi sekolah praktikum 3 hari tu untuk kutip data. 

Update pun dekat sekolah ni.  

Sekarang Wardah menumpang kat rumah kakak J-qaf sekolah ni. 

Wardah ingat nak bagi duit sikit kat kakak tu. Wardah tumpang dalam 5 hari jugakla. 

Patut bagi berapa ea. 

 K lah paai.


6 Jul 2015

Craving Doyannnnn


Hai semua. Dah siap nak berbuka tak? Atceli tengah tunggu azan menanti buka puasa. Haa, duk hilangkan rasa debar-debar dalam hati ni. Kelas dari pagi tadi sampai laaa 1.15 petang. Tu pun berlanjutan sampai 2 lebih sebab nak anjakkan kelas awal lagi walaupun sebenarnya dah petang dah. Tak boleh nak anjak sangat dah. 

Hari ni beli makanan kat cafe sahaja. Makan ayam goreng plus ambil kuah kicap sikit. Sebagai bagi semangat kat diri sendiri, Wardah ade beli durian crepe juga. Hihi. Rasa-rasa berbaloi tak beli 3 pieces hanya RM5.50? Kalau 6 pieces RM10.50. Haha. Sekarang kan musim durian. Tak dapat makan real doyan, dapat makan crepe of doyan pun ok apa. 

Meleleh air liur bila dengar mak kata ade jiran bagi durian belambak kat rumah. T.T Hampir tertelan air liur jugaklah bila mak cerita banyak durian tapi tak ada sapa nak makan. Uwaaa. Pastu mak cerita mak bagi kat rumah nenek ade lah sedara-mara kat sana. Huhu. Teringinnya nak makan durian. Cuti seminggu untuk raya tu agak-agak dapat tak. Huhukk.

Ade dengar mak gelak-gelak sebab dengar Wardah craving gila nak doyan. Agak-agak juga mak Wardah dengar Wardah tertelan air liur tu kowt. Hahaha. Doyan oh doyan harap-harap ade yang sudi belanja masa balik cuti nanti. I dreaming on you taw! Urkk. 

Selamat berbuka buat semua. Semalam cerita penglaman masa pergi bazar. Pengalaman yang takkan dilupakan di Pengkalan Chepa ni. cewah. nantikan storynya.~~~


3 Jul 2015

Tidak Dapat Meneruskan


Tidak Dapat Meneruskan | Dengan rasa dukacita dan rendah diri, saya Wardah Aneesa tidak dapat meneruskan #Cabaran20HariPuasa. Ini disebabkan oleh berita-berita yang mengejutkan bagi pelajar semester 8 institut pendidikan guru. 

Batch kami pada tahun ini kemungkinan akan dipostingkan awal. Jadinya, semua kerja-kerja seperti pungutan Data (untuk Kajian Tindakan), semua 3 asignments, Kajian Tindakan, Pembentangan Kajian Tindakan(VIVA), dan peperiksaan akan dilakukan sebelum cuti penggal pada bulan 9 nanti. Selepas cuti penggal bulan 9 akan dipostingkan untuk intership dan interim/internship. Sekarang sudah bulan 7, segala kerja-kerja yang disenaraikan tadi akan bermula secara berperingkat selepas raya nanti. OMG!

Moga-moga semuanya akan berjalan dengan lancar. 

Maaf kepada semua. tapi kalau Wardah ada menang GA, oyak-oyaklah ye. huhu. 

Adios.


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...