Pages




29 Jun 2015

#Cabaran20hariPuasa | Resepi Paling Simple Sahur

#Cabaran20hariPuasa | Resepi Paling Simple Sahur | Agak-agak resepi paling simple buat Wardah ape ye untuk sahur? Haha. Masak sambal telur goreng jah, dan makan dengan nasi. 
Resepinya ialah :
3 atau 4 biji telur (semuanya digorengkan menjadi telur mata kerbau)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili boh
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak :

Pertama, tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih. Hiris bawang besar. 
Tumis bahan yang telah ditumbukkan tadi. 
Bila sudah kekuningan dan naik bau masukkan cili boh.
Goreng sampai wangi.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar. 
Tumis sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Selepas itu siaplah sambal goreng telur ini. Tuangkan sambal pada telur-telur goreng tadi. Dan SIAP!

p/s : Tak leyh nak pos gambar. tak tahu kenapa. :(




#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur


#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur | Sahur dan sahur. Banyak pengalaman yang nak dikongsikan dekat sini. Sahur tu adalah satu perbuatan bangun di awal pagi untuk makan alas perut pada siang hari nanti. Kalaulah tak sahur nanti berlaparlah sebab tak alas perut. 

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab) 

Sabda Rasulullah saw: “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Riwayat Muslim) 

Ibadah sahur adalah ibadah yang agung sehinggakan Allah SWT melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohonkan keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi saw amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. 

Sabda Rasulullah saw: “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” (Riwayat Ahmad, Sahih al-Jami`: Hasan)

**************************************

Cerita sahur. Masa kecik-kecik dulu makan je masa mak suruh bangun pagi-pagi. Kecil-kecil mestilah sahur dengan keluarga kan. Sebenarnya tak berapa ingat bangun sahur dengan keluarga sebab masa kecil-kecil. Memang tak hengat. huuuhuuu. Cume teringat mak pernah masak sambal telor goreng. Masa tu rasa macam sedap sangat-sangat juadah sahur tu. Masa tu mak kata "Ni je lauk yang ada.." Tapi emm sebenarnya tulah lauk yang paling sedap masa sahur kecil-kecil dulu. Heee.

Kalau duduk dekat rumah sahur mesti ada air soya dengan kurma. Mak juga suka buat bawal sambal. Sedap sangat-sangat. 

Sahur masa zaman sekolah menengah pun best juga. Almaklumlah duduk asrama kan. Macam-macam juadah ada untuk sahur. Wardah engat rasanya makan tengahari bawa turun ke sahur jadi sangatlah rugi kalau tak turun sahur zaman asrama ni. Rugi sangat-sangat. 

Zaman sekarang? Duk asrama jugak. Hihi, duk asrama tapi makanan taklah segempar dulu untuk juadah sahur. Hihi. Zaman belajar kat ipg ni, ada juga makanan dijual kat cafe, tapi Wardah je tak nak turun cafe. Wardah lebih suka buat air sendiri dan makan kurma atau biskut sahaja kat bilik. Lebih mudah dan simple. Kalau dah terlewat bangun pun, at least minum air. :)

Apa-apapun inilah pengalaman Wardah. 

Anda pula bagaimana?? 


27 Jun 2015

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Buat Aku

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Buat Aku |  Puasa dan puasa. Apa ertinya bila ditanya. Kebanyakkan orang akan jawab. Pada bulan Ramadhan di mana kita menahan diri daripada makan dan minum di siang hari. I guess Wardah pun akan jawab macam tu secara spontannya. Tapi tak betul pun lagi maksudnya dari segi syarak. Aiwah.

Pengertian puasa : menahan diri  dari segala sesuatu yang membatalkan mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam, kerana perintah Allah SWT, dengan disertai niat di malam hari dan syarat tertentu.

Puasa yang WAJIB bagi umat Islam ialah pada bulan Ramadhan.

itu adalah dari pengamatan pengertian puasa itu sendiri. 

*************************************
Puasa bagi Wardah adalah benih kecil move on untuk kita berhijrah. Hijrah. Hijrah iaitu berubah. Bulan Ramadhan itu sendiri mengalakkan kita untuk melakukan sebanyak mana kebaikan dan ibadah. Bulan Ramadhan syaitan diikat katanya. Sedikit perkongsian tentang Ramadhan yang Wardah telah dengar semasa Pelancaran Sempena Bulan Ramadhan di maktab. 

Ada yang bertanya kepada penceramah. Mengapa manusia masih lagi melakukan maksiat pada bulan Ramadhan jika benar syaitan itu telah diikat semasa Ramadhan?

Jawapannya : Syaitan tidak diikat tetapi syaitan dilemahkan semasa berada dalam bulan Ramadhan.
fikir-fikirkanlah, puasa juga menahan hawa nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Maksiat pula bukan sahaja merujuk kepada zina, kapel sahaja akan tetapi, mengumpat, membuka aurat dan lain-lain lagi.

Sambung kepada ERTI PUASA BUAT AKU. Macam Wardah cakap tadi, bagi Wardah puasa dalam bulan Ramadhan ialah benih kecil 'move on' Hijrah yang perlu semua orang sedar. Sama ada benih itu hidup dengan mekar atau mati layu ditengah jalan kitalah yang akan membajainya. Apabila kita kata benih kecil makanya perkembangan atau tumbesarannya sekadar dalam bulan Ramadhan atau berkembang hingga ke bulan-bulan yang lain terpulang kepada kita. Angap sahaja bulan Ramadhan permulaan bulan bagi diri kita untuk berubah kepada yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Semoga kita dapat membentuk diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana ayat di bawah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Itulah pengertian puasa buat Wardah. 

Setakat itu sahaja. Jangan lupa niat puasa di malam hari ya!

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ 

Lafadz: 

Nawaitu saumagadin an’adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita’ala. 

Ertinya: 

“Sahaja aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”

Itu adalah pandangan Wardah.. semua orang ada pandangan masing-masing. 
Jom hijrahkan diri!! :)


26 Jun 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda seorang blogger yang TEGAR..?


#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh..!! Dah mula..? 

Ya..!! 

Jom sahut cabaran ini...!!!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 
Macam best je.. 
harap dapat siapkan :)

ada lagi yang istimewa..

SAGUHATI akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi..??

Jom mula sekarang..!! yeaaayyy... :)
~~ Happy Blogging ~~


Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Percubaan Berbekam


Percubaan Berbekam | Hai semua. Nak cerita percubaan Wardah berbekam dengan sahabat handai Wardah sendiri. Sahabat handai Wardah ni memang tinggal berdekatan je dengan rumah Wardah, so memang minta dia tolong buatkan dekat Wardah. Wardah buat lepas seminggu kerja as EA tu. Boleh check Pengalaman Kerja Partime Sebagai EA

Antara sebab kritikal yang menyebabkan Wardah nak sangat buat ialah :
1. Migrain kepala yang teruk
2. Kurang lawas
3. Badan yang banyak angin

Sebab utama dan paling utamanya nak hilangkan MIGRAIN..

mesej dan mesej sahabat Wardah akhirnya dia pun setuju.. Dia yang datang rumah Wardah sendiri. Dia ambil bayaran tak mahal pun. Hanya RM4.00 satu cup. 

Setelah bebincang dengan dia kenapa nak buat bekam ni, akhirnya dia putuskan untuk buat whole body sebab katanya tak tahu punca migrain ni dekat mana. Katanya lagi Migrain ni bermula dengan banyak tempat dan bila buat seluruh badan atau wholeh body barulah dapat detect yang mana yang bermasaalah. Lagi pula katanya lagi takut buat terus di kepala takut badan kita terkejut sebab badan tak pernah buat bekam sebelum ini.

Apa rasanya berbekam?

Bagi diri Wardah sendiri, sebagai pertama kalinya buat, memang rasa sakit tapi masa dia sedut darah tu je. Nak kata sakit sangat tak jugak. Sakit biasa-biasa. Bagi Wardah tak terlalu sakit. Nak buang yang kotor tak apalah kita yang sakit dulu untuk kemudahan kita pada masa akan datang juga kan. 

Pengalaman berbekam? Pada mulanya, dia akan sapu minyak khas dia. Minyak herba ada juga terbaca hari tu, belek-belek botol tu. Minyak gamat macam tu kat belakang badan. Dan selepas tu dia akan mulakan aktiviti bebrbekam tu. Sahabat Wardah buat 4 kali pusingan. Darah-darah kotor yang keluar tu dia akan lap guna tisu. Tisu-tisu yang berdarah tu kita wajib bakar dalam lubang. Seelok-eloknya segerakan membakar tisu-tisu berdarah tu. 

Kata sahabat Wardah lagi, perlu berbekam selepas 10 hari berbekam. Tempoh masa jika nak buat bekam lagi lepas tu.

Siapa yang nak berbekam area Masjid Tanah, Londang, Alor Gajah, bolehlah berhubung dengan sahabat Wardah ni. Syuhada Azman 0136390507 . Wanita sahaja yeee.


25 Jun 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom

Sesiapa yang nak join. Cepat cepat! Bleh klik banner di atas naaa.


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK



Sudah Berkahwin Tapi Minta I Selfie


Sudah Berkahwin Tapi Minta I Selfie | Hai semua. Ni kisah semalam malam. Seorang jejaka ni dah berkahwin, tetapi baru je semalam mesej Wardah kembali. Wardah memang dah tak berhubung pun dengan mamat ni sebab statusnya suami orang. Lagi pula, Wardah have sumone sudah dalam hati. Wardah bukan melayan kegatalan dia, tapi bermesej atas dasar bekas classmate. 

Awalnya dia hanya bertanya khabar. Jadinya Wardah layankan aje sebab dia hanya bertanya khabar tanya macam mana belajar, belajar mana sekarang, tu jelah. Tak sangka pula ayat-ayat akhir tu, dah lama tak jumpa, selfie sikit. Lepas tu berhenti terus mesej dia. Jumpa yang dimaksudkan tu bukan dating dengan dia ya. Kami sekelas dulu. Jumpa dalam kelas jelah. Bukan jumpa dating berdua tu. 

Erkk, buat apenye Wardah nak selfie lepas tu bagi gambar kat suami orang. Kang bini jumpa tak memasal Wardah yang kene kan. Adoi. Hmmmmm, mungkin lain kali Wardah tak patut layankan mesej dia awal-awal. Betul tak? Walaupun awal-awalnya dia hanya bertanya khabar. 

Wardah akui kesilapan tu. 

Nyah kau dari siniiiii~

FULLSTOP.


Pelajar Final Semester


Memandangkan sem ini adalah sem last, hari semalam sudah di berikan motivasi oleh semua lecturer subjek agar kami dapat memberikan sepenuh tenaga, sepenuh kekuatan sepenuh perhatian dan fokus, semuanya all outlah orang kata. Bila diberikan motivasi begitu siapa sahaja yang tak merasakan getaran sem akhir. 

Rasanya bolehlah naikkan ke gear 2 walaupun belum sampai ke kemuncak lagi. Usaha sikit-sikit. Lama-lama kejayaan akan berhasil. Terima kasih bua semua pensyarah yang memberi semangat pada sem akhir ini. Terasa getar juga bila melihat rakan-rakan sudah posting ke sekolah baru mereka. Terfikir jualah, apalah nasib diri ini nanti. 

Sem akhir, permudahkan urusanku Ya Robbi, Ya Mujib. 

Result masih belum keluar. Petang ni baru keluar rasanya. 

DEBAR!


24 Jun 2015

Menunggu Keputusan Result Semester Lepas - Sem 7


Menunggu Keputusan Result Semester Lepas - Sem 7 | Hai, hari ini kelas pack sampai petang. Sem akhir kan. Tak apa kalau korbankan penat lelah untuk sem terakhir. Kan? Katanya result semester yang lepas akan keluar tarikh 24hb ini ataupun 25hb ini. Berdebar pulak rasanya. 

Hari ini kene bawa laptop ke kelas bagi mengedit semula proposal ataupun dipanggil A.R semasa di kelas. Sem ini belajar tajuk Kajian Tindakan II, subjek yang pasti menyengat walaupun sebenarnya ada lagi subjek yang lebih-lebih menyengat iaitu Usul Fiqh. Dua subjek ni memang sangat Wardah seram sejuk tapi Wardah kene juga yakinkan diri agar dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri. 

Sebulan bulan puasa ini memang banyak aktiviti di maktab sahaja. Belajar dan belajar. Lepas habis puasa, lepas balik cuti raya, barulah cabaran akan bermula. Bermulalah Intership, Menyiapkan Pelaporan Kajian Tindakan, Pembentangan Viva, Asignments dan Peperiksaan. Temuduga SPP akan menyusul kemudian nanti. 

Berdebar pula jantung memikirkan semua ni.....

Apa-apapun. Result berapakan dapat sem lepas. Harap dapat yang terbaik. 

Doakan. 


Puasa Dan Perantauan

Puasa Dan Perantauan | Hai semua. Lama tak sharing diari diri sendiri. Sedang maraton join Giveaway dan Contest. Nak cerita pengalaman sendiri, berpuasa dan perantauan tak asing bagi dunia seorang pelajar atau pekerja atau siapa-siapa sahaja. Nak balik raya nanti pun kene puasa dalam musafir juga kan? Betul?

Hari tu Wardah balik Kelantan dalam puasa yang ke dua. Wardah memang dah set minda nak balik naik bas. Sebab tiket bas murah berbanding flight. Hoho. Berapa berapa yang murah tu?? Haaa,ini kerana stesen bus yang dekat dengan rumah Wardah, berbanding dengan stesen airport yang agak jauh dengan rumah Wardah. Wardah kene naik bas kalau turun dari airport ataupun teksi untuk pergi ke Melaka Sentral. Kene balik sendiri pula ke rumah. Better Wardah ambil yang dekat dengan rumah. Ye dak??

Puasa dan perantauan. Masa Wardah kecil-kecil dulu zaman sekolah menengah rasanya selalu sahaja tengok surat khabar yang beraya di perantauan. Sebak betul rasanya tidak dapat beraya dengan keluarga kan. Berpuasa pun sama. Lain rasanya berpuasa, bersahur tanpa keluarga di sisi. Bangun sahur dan kejutkan adik beradik yang lain. Tolong mak sediakan juadah untuk keluarga. Dah namanya tangungjawab lain rasanya kalau tak buat. T.T

Puasa dan perantauan. Pernah merasa sahur dalam bas? Mungkin kamu semua lebih berpengalaman. Wardah first time hari tu bersahur dalam bas. Mungkin takkan lupakan sampai bila-bila. Hihi. Kejap-kejap terjaga, kejap-kejap tengok jam. Hoho. Mak Wardah bekalkan lauk dan nasi untuk sahur. Buka aje dalam bas satu bas bau! haha. Nasiblah semua turun masa tu sebab ade singgah restoran kat Cherating. 

Puasa dalam perantauan ni bagi Wardah penat sikit berbanding hari biasa walaupun sekadar duduk sahaja dalam bas. Tak percaya? Cubalah! Haha. Sampai sahaja kat asrama. Memang terlentang golek tidur sahaja. Badan yang letih. Itu je yang boleh diungkapkan. 


21 Jun 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman



Alhamdulillah siap follow semua syarat. Nak join?? Klik Banner di atas!! :)

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)


Giveaway : 1st Anniversary Yana & Dean


Assalamualaikum w.b.t.

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2015 : Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan Yana dengan Mr.Yogi. Suka, duka, masam, manis...berjaya ditempuhi bersama. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami. Ulangtahun ke-2 pun, kami masih lagi berdua. Insyaallah...berkat doa berterusan daripada kami berdua, daripada ahli keluarga dan semua yang mengenali, manalah taw bila tiba waktunya nanti kan. 

Hari ini juga, dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan 

Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015


3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven



Saya tagged Kak Ekin

SIap dah join. Bagi yang nak join boleh tekan banner atas nie :)



Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya



20 Jun 2015

Langkah-langkah Apabila Terlupa No Pin Bank Islam

Langkah-langkah Apabila Terlupa No Pin Bank Islam | Hai semua. Lama tak kongsi cerita. Alkisahnya, jadi EA di UIA perlukan akaun Bank Islam. Ini kisah tentang Pengalaman Kerja Partime Sebagai EA. Boleh klik untuk tahu ape itu EA. Alkisahnya lagi, dah buat, tapi bila tekan no pin di ATM tak boleh buat transaksi. Dan terfikir-fikir, mungkin Wardah salah masukkan no pin bank tu. 
Apa yang perlu dibuat jika terlupa No Pin bagi pemegang kad Bank Islam? Huhu. Ini kisah Wardah, first pergi tanya kat Pakcik Jaga, tanyalah. Then dia suruh pergi kaunter yang dia tunjuk. Suruh tanya orang kat situ. Memang kaunter tu dibuka untuk pertanyaan pun. So mudah, tapi masa tu tak ada nombor, macam kene cepat-cepat. Siapa cepat dia dapat turn. Sebab, Wardah tunggu person yang in charge kat situ ada, tapi tak muncul-muncul, then ade seorang hakak ni datang dan tunggu. Then, ade person in charge yang datang. Lol. Macam tu rupanya. So, buat juga la macam hakak tadi. Pemerhatian berhasil! :P
Akhirnya ade orang yang melayan. Dia kata, stok kad baru tak ada. Jadinya tak tahu bila ada. Hmm. Macam tu pulak kan. Okey je. Balik babai. 
Hari Isnin next week tu pun pergi Bank Islam. Pergi dan tanya kaunter yang sama. Then, tanya jugaklah stok kad baru dah ada. Jadinya,
1. Kene isi borang. 
2. Dah isi borang, ambil nombor.
3. Tunggu turn kene panggil.
4. Dah dipanggil akan suruh bagi IC, kene check cap jari kat mesin. tunggu lama sikit.
5. Masa untuk masukkan no pin. Tak kisah no pin baru atau lama. Asalkan kita ingat dan melekat kat kepala no pin tu. 
****Amaran, duit RM12 akan dicas.***
Biasanya duit tu dah ditolak siap-siap dengan duit yang ada dalam bank kita. 
Dah siap!
*Pertamanya buat akaun Bank Islam, keypad dia macam kecil sikit, so masa nak masukkan no pin tu, pastikan tengok betul-betul nombor kat keypad tu, Wardah silap tang sini.*


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...