Pages




14 Nov 2014

Motivasi Jumaat ^_^

hai semua, dah bangun? alhamdulillah. rasa macam nak tidur balik pun ada, tapi tahankan aje ni deh. hihi. Lepas update pagi ni, nak uruskan rumah, kemas-kemas apa yang patut. insya allah. sebelum memulakan pagi sayyidul ayyam ini, jommmmmm................

belajarlah untuk mencintai tanpa keadaannya. Bercakap tanpa nada yang buruk. Memberi tanpa alasan. dan paling utama, mengambil hati @ menjaga hati orang lain/ orang sekeliling, tanpa sebarang jangkaan.

Biarpun dia musuh kita, atau telah buat sesuatu yang buruk pada kita, ataupun bukan siapa-siapa pun pada diri kita, carelah dia, sayangilah dia, peliharalah dirinya. percayailah dia... Jadikan diri kita biasa untuk bercakap tanpa nada yang buruk. Sesuai saya jadikan contoh cerita korea menjadikan saya respect pada budayanya. *saya ambil contoh sebab ada dalam cerita korea, jika salah, maafkan saya, dan tolong beri tunjuk ajar* apabila mereka sedang marah, apabila mereka tidak sukakan sesuatu terhadap orang yang sedang dia bercakap/berkomnukasi, dia akan menjawab juga.. tanpa nada yang buruk, walaupun dia tengah sakit hati masa itu. apa yg sy lihat ada pada keluarga yang baik-baik dalam cerita tersebut. Itu adalah contoh yang sy dapat beri. Maaf jika ianya salah.

Memberi tanpa alasan. Mungkin sukar buat kita, untuk memberi apatah lagi orang itu belum kita kenali. Mungkin sukar untuk memberi pada sudut kewangan dan fizikal. Melainkan pada yang benar2 kita percaya. Ya Benar. Tetapi, Fikirkan ini, tiada apa yang penting, kecuali memberi kasih sayang tanpa alasan. jangan pernah berhenti memberi kesopanan anda, keikhlasan anda kerna ianya menunjukkan diri anda yang sebenar. Dan carelah pada manusia lain, tanpa sebarang jangkaan. Jangan kita menunggu harapan yang tinggi apabila kita membuat sesuatu kebaikan pada orang lain. 

Ayuh, refleks diri dan teruskan kerendahan hati budi kita. Ayuh teruskan hidup!

Selamat pagi semua!

Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...