Pages




17 Feb 2013

Minggu duka lara~

Ya Allah,
andai ini takdirku,
Aku terima seadanya..
mungkin banyak khilaf dosaku yang lampau..
mungkin juga kerana keangkuhan diri ini..

Ya Allah,
hanya KAU tempat aku bergantung..
hanya padaMU aku berserah..
permudahkanlah urusan harian ini,,
ampunkanlah khilaf dan dosa diri ini..
Jadikanlah diri ini semakin positif
dan akanku usaha ke arahnya..

Ya Allah,
KAU peliharalah aku,
peliharalah keluargaku,,
peliharalah adik beradikku..
peliharalah insan kesayangan ini..
peliharalah insan-insan istimewa ini..
supaya sentiasa berada dalam kebahagiaan..
tak sanggup ku melihat mereka menangis..
tak sanggup ku melihat mereka menderita...
tak sanggup ku bebani mereka YA ALLAH..
berikanlah kebahagiaan kepada kami Ya ALLAH..
berikanlah kasih sayangMU YA ALLAH..
permudahkanlah urusan kami..

akan ku muhasabah diri ini..
akan ku layari ujian ini dengan dayaku..
akan ku layari dugaan ini dengan mampuku..
kerana ku tahu,,
ENGKAU tidak akan membebani seseorang dengan ujian yang mereka tidak mampu..

Ya Allah,
perkenankanlah permintaan ini..
bahagiakanlah keluargaku..
bahagiakanlah ibuku..
bahagiakanlah ayahku..
bahagiakanlah adik beradikku..
bahagiakanlah adik-adikku..
bahagiakanlah abangku..
bahagiakanlah insan-insan kesayanganku..
bahagiakanlah mereka  ya Allah..
sesungguhnya mereka insan yang amat aku sayang..
jangan biarkan mereka merintih lagi Ya Allah..
kuatkan mereka..

T.T

p/s : Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.. AMIN.. :')

Mari juga sedekahkan Al-Fatihah kepada adik junior sekolah saya yang baru meninggal jam 6.10 pagi tadi... insan ini belajar dekat UNIMAS, ex 5 IS batch 0509, Sharodz arwah Amirah Syakirah..

"kwn2 dia pun ckp setahu diorang arwah xde sakit..act dye baru je balik sabah, sem baru dah nk start kn..mase smpi sbah dia pening2 , pastu pengsan. doc syak ade pendarahan otak..mula2 kritikal, pastu stabil..tp pagi ni baru dpt berita dia dah pergi 6.10 pg tadi..doakan moga arwah ditempatkan dlm kalangan solihattt.."

antara berita yang mengejutkan. sumber SINI

Moga adik ini ditempatkan dalam kalangan orang solehah.

Innalillahi wa inna ilaihirojiu'n.. moga kita dapat muhasabah diri semula.. :'(


15 Feb 2013

Produk Vitamin C

hai semua. nak taw tak. Atceli, saya ada menjual produk-produk kecantikan. tapi semuanya bahagian makanan dan dalaman. Alhamdulillah, saya pun menggunakan produk-produk tu. Alhamdulillah, kesan yang sangat positif.. awal-awal penggunaan memanglah akan keluar jerawat sebab tengah healing crisis.. jadi teruskan menggunakannya.. saya pernah baca juga sebab berlakunya keluar jerawat pada awal-awal penggunaan tu sebab air dalam badan kite kurang,, jadi kotoran tue keluar melalui jerawat-jerawat di muka.. *haih, faham tak?*

okeyh.

pernah dengar tentang VITAMIN C ?
500 MG
Vitamin C 500MG. ♥

VITAMIN C 500MG sgt mujarab untuk yang mengalami ALAHAN, RESDUNG & KULIT SENSITIF.

Bagi yang mengalami masalah ALAHAN, RESDUNG & KULIT SENSITIF & KULIT BERJERAWAT, better amik 500mg punya & makan 2 biji sehari..


1000MG
INFO PENTING
PERBEZAAN ANTARA VITAMIN C ORGANIK 500mg & 1000mg :
Yang beza adalah ingredients... 1000mg lg byk kandungan utk kecantikan kulit sebab dia diguna jgk utk merawat sakit kulit mcm eczema, cacar air, kulit kering bersisik n ruam panas. tp yg 1000mg tu xcover resdung.

Yang 500mg je yang ada. sebenarnya dua2 bg efek cepat, bergantung pada kulit kita.. Kulit stiap manusia berbeza tindak balas. ada yg okey dgn yg 500mg n ada yg 1000mg.

So susah nk ckp. tp kalau nk bgus utk merawat jerawat dimuka & parut jerawat, better amik 500mg punya tp makan 2 biji sehari..

tp kalau tujuan nk lembabkn kulit n bg kulit sekata apa semua utk kulit sensitif, better try 1000mg punya. Paling cpt skrg customer rsakan kesan adalah dalam masa 2 hari n plg lmbt 3 bulan.. Kulit tak sama, so jangka masa untuk tengok kesan pun tak sama


VITAMIN C - 1000MG
• Vitamin C dgn ketinggian 1000mg setiap capsule sama seperti kita inject vit c dalam badan untuk whitening.
• Kebaikan produk ni kita tidak perlu sakit kena cucu jarum hanya telan dengan air sahaja dan mengandungi antioxidant yang tinggi dan baik untuk kecantikan kulit.
• Secapsul 500mg bersamaan dengan 10 x biji oranges, 1000mg bersamaan 20 x biji oranges dan hanya pengedar s
ah sahaja yg boleh jual.
• Sangat bagus untuk kulit muka dan seluruh badan..akan kelihatan cerah berseri,putih dan mulus
• Sesuai untuk wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
• Sesuai untuk ibu mengandung
• Sesuai untuk ibu yang menyusukan baby(air susu akan banyak)
• Sesuai diambil ketika period
• Dapat menyelesaikan masalah resdung,alahan
• Memudarkan parut2 dimuka dan badan.
• KKM approve
• 100% halal

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah

KEBAIKAN VITAMIN C 1000mg
• Memberi efek kulit yg sekata, cerah dan lembap
• Mengandungi ekstrack citrus bioflavonoids untuk mempercepatkan tindakbalas di dalam badan
• Sesuai untuk ibu mengandung
• Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu,fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi & gigi yang sihat
• Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan selesema serta meningkatkan imuniti dalam badan
• Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol,tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis (aterosklerosis - radang pada pembuluh darah manusia yang disebabkan penumpukan plak ateromatus)
• Melindungi daripada pembekuan darah, lebam dan menggalakkan penyembuhan luka serta
• Membantu dalam pengeluaran hormon antistress
• Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin (Antihistamin adalah zat-zat yang dapat mengurangi atau menghalangi efek histamin terhadap tubuh dengan jalan memblok reseptor) semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema dan mengurangkan gejala-gejala alergi yang lain
• Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen untuk keanjalan dan kecantikan kulit dalam mencegah penuaan pra-matang
• Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
• Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
• Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –>berguna dalam rawatan anemia
• Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
• Merawat jangkitan saluran kencing
• Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Vitamin C ni keluaran Pahang Pharma dengan no rujukan KKM MAL06051404X

oryte. SAYA SUDAH !! ANDA BILA LAGI ?? hehehe.. :))


13 Feb 2013

Happy Birthday Kembar :)

hai awak, awak dan awak! :) nak taw tak? bulan ini ada dua orang kesayangan saya yang lahir, iaitu adek bongsu saya dan ayah saya.. eh, eh, ada tiga orang lah.. adek bongsu saya kan kembar.. kan.. jadi tiga orang semuanya..

buat si kembar, dulu kecik je diaorang..

masa kecik2 dulu masa darjah 3 :)

masa hujung tahun darjah 6 :)
buat kamu dan kamu :

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-13 !! dah semakin besar dah taw hihihi <3

Jangan stress ye belajar di sekolah baru. Jangan terlalu fikirkan kami yang banyak bersusah payah untuk kamu, Belajar dan terus belajar taw. Jangan main-main. 

* semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat
*semoga berjaya dalam hidup, dapat menjadi apa yang diimpikan.
*senyum-senyum selalu dan happy-happy okay? :)
*hadiah? hihihi. tunggu hujung minggu ea.. :)

buat ayah yang amat ku rindu, SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN, biarpun belum masuk tarikhnya lagi pada 22hb Februari nanti.. Semoga hidup ayah semakin diberkati, semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga ayah semakin happy dan happy hehehe. ayah dah terima menantu kan.. Tahniah ye! :)


11 Feb 2013

Kembara Sharodz Bermula

hai semua, dah la tak update.. rasa macam lama sangat tak update..muehehehe.. sebenarnya saya demam rindu pada sang kekasih *silajanganmuntah* hihihihi.. okeyh.. chill semua.. :)

oryte. apakah SHARODZ tue? bagi yang dah tahu,, haa, nie mesty hangpa nie budak ssekolah SHARODZ nie kan?? haha.. nama sekolah saya Sek Men Agama Sharifah ROdziah.. Sha = Sharifah dan Rodz = Rodziah. jadilah ShaRodz !! :) haaa, tue jela nak kata pasal perkataan SHARODZ tue.. ada faham tak? 

semalam berjalan ke rumah besties saya.. NOOR ANISA NABILA nie..
BFF ever after :)
then, saya pun ke rumah dia.. ada wat majlis makan-makan sikit. dia ada jemput saya pergi majlis makan-makan nie. sebagai seorang sahabat, saya pun pergilah ke rumah dia.. area kawasan Peringgit.. sehari suntuk lepak rumah dia. maklumlah saya dah lama tak hangout dan jumpa dia.. hihihi..

macam-macam cerita yang keluar,, plan untuk hangout masa cuti nie, plan nak kawen lah, amboiiii.. 
kami plan nak keluar hari rabu nie,, saya tak taw lagi nak keluar ke tak.. ape pendapat uolz?  heee.. i guess i want too..but, later i update about it okay? *haaa,nakkuartanaknie?*

ouhhhh..dilemaaaa~

okeyhh.. NOOR ANISA NABILA nie jugak besties daripada sekolah menengah nie.. SHarodz.. sebab tue kata kembara Sharodz.. semalam sebelum sampai rumah dia, ade jugalah tersesat sampai ke IPPM.. jauh tue, sampai ke IPPM.. IPG Perempuan Melayu Melaka.. muehehe.. naseb baik naik motor jadinya, taklah susah nak kuar masuk sesuatu jalan tue.. :P

lepas tue, kiteorang plan jalan sendiri setelah berdisscuss di phone tapi takda kata putus.. muahahaha. then jumpalah Taman Desa Baru.. Setelah makan-makan, then, kemas-kemas, borak-borak, amek2 gambar semua.. dalam pukul 4 petang saya pun balik. huish. hujan tyme tue. renyai-renyai sikit. takpe, hujan rahmat tue, tanda majlis diberkati ehem-ehem-ehem. :P

balik rumah, ade tetamu dari ex-sharodz juga datang ke rumah.. TEKA TEKA SAPEKAH DIA??

haaaa, dia dulu Ketua Pengawas Asrama kat sekolah dulu.. Noorliza Husin.. hihihi.. huhu, dalam perjalanan balik rumah tue terus dapat mesej dari dia.. muehehehe.. "nisa, ada dekat rumah tak?" huhuhu, sebenarnya, keluarga Liza selalu bertandang kat rumah saya.. sempoi abes famili dia nie.. maklumlah, adek beradek semua perempuan, jadi taklah nak segan sangat kalau diorang datang.. then, penat nie, penat taw..hihi. siapkan air teh, dan jamu mereka minum.. tak sempat nak masak apa-apa..

wahh, then , si Liza nie ajak borak kat sudut depan rumah,,manakala, mak dan adik beradik dia borak dekat ruang lain. amek kau, kelas jahhh!kami tak borak sekali ngan famili dia.. kiteorang borak dua-dua orang je, mak borak ngan mak, anak borak ngan anak.. hheeee~

macam-macam jugak cerita yang keluar. about ehem-ehem pun ada.. lalalalala~ haiayhhh.. lepas tue, mereka pun balik.. eheee.. tawlah seba sikit cerita si liza, kiteorang jarang jumpa, mesej pun jarang, salu borak kat phone rumah je.. :) liza dah abes blaja dah, praktikal semuanya dah.. dia amek bahagian nursing.. haha, tengah borak-borak tue, boleh plak berdebat pasal bidang masing-masing.. kerjaya siapakah yang mencabar? nurse ataupun seorang guru? muehehehehe.. dua-dua kerjaya nie sama hebat cabarannya.. jadi tiada kalah atau menang, hanya sama-sama mengerti tanggungjawab masing-masing kan.. heee :)

eh-eh-eh.. dorunk dah alek pun..

malam tue badan terasa nak demam je.. tapi alhamdulillah, tidak pun.. hehehe.. malam tue mak pesan suh buat kek batik 3 loyang.. sempat buat 2 loyang sahaja.. sebab rasa dah tak larat badan nie.. :)Alhamdulillah, menjadi kali ini :) heeee, sedap taw!! :) nanti saya update gambar yang saya akan buat kejap lagi.. :)

okelah babai!!


8 Feb 2013

Mula Bercuti Setelah Hiruk Pikuk Dunia

hai semua,, tengah buat apa tue?? heee hee hee.. happynya saya.. nak taw sebab apa? heee.. saya dah ada di rumah dah!!! yehaaa! Alhamdulillah.. :)

bagi warga pendidik, cuti sekolah adalah cuti bagi dirinya juga.. tapi ini untuk semua warga pendidik yang masih lagi guru pelatih, rasanya bagi guru yang sudah betul menjadi guru, mungkin tanggungjawabnya lebih mungkin juga sama seperti guru pelatih ini.

hee, oklah saya nak ucap selamat bercuti buat semua warga yang bercuti semasa TBC ini, iaitu semasa Tahun Baru China ini.. planning your holidays.. make it meaningfull :)



haa, saya nak cerita perihal my diary sehari yang lepas.. iaitu pada hari khamis.. :) disebabkan elaun dah masuk, ramailah yang pakat-pakat tukar phone. dan peluang pon ada untuk tukar phone tue, guna yang rebate phone tue untuk smart phone... smart phone memang best. ada classmate yang dulu pakai expria pun dah beli smart phone SAMSUNG. lagi2 SAMSUNG GALAXY SIII plak tue. wah. blink2 mata saya tengok phone tue. hahaha. semua orang seronok untuk pakai henphone android nie. boleh wassup, boleh simsimi, boleh facebooking, boleh instagram. semuanya tanpa batasan sekarang. haaa, tapi hati-hati jangan sampai tak tidur plak kalau dah guna android nie, kawallah diri sebaiknya.. hihi.

dan, cikdemok ajak pergi teman dia untuk belikan barang. sebenarnya kawan dia, si U nak beli barang untuk  kawan dia. tapi dia tak tahu nak pilih sangat barang tue, sebabnya barangnya untuk perempuan, jadi cikdemok ajak saya untuk teman dan pilihkan.. hihihi, bagus jugak idea si demok nie :) jadi kami pun pergi kat Jusco.

okeyh, tutup cerita pasal kawan dia tue. hehehe. dan kami pun jenjalan, saya usha2 printer. paling koman pun RM2++. printer saya yang pertama dulu guna catrigde, jadinya memang saya tak topup sangat sebab ink cepat habis. jadinya, memang printer nie sangat sangat diperlukan. lagi-lagi masa untuk buat BBM nanti semasa praktikum. hihi, jadi saya mewajibkan diri untuk beli printer sem ni. insya allah, masih tengah seurvey2 lagi. hihi.

selepas shopping dan shopping, kami pergi makan. kami pergi berempat ye. Si demok, si comel(saya:P), si Z dan si U. hihihihi. borak-borak dan sesi kaunseling, hihi.. dan makan. kami makan dekat foodcourt je. hihi. saya order nasi putih dengan paprik dan si demok order Nasi Pataya. si Z makan sizzling ape ntah. huhu dan si U makan nasi bergoreng juga,. tak berapa ingat. hihi.

sebelum kami pergi makan, kiteorang ade singgah kedai yang si kawan demok nak pergi ni,, hihihihi. si U belikan untuk kawannya dan si demok belikan untuk saya :) mulanya saya agak malu juga apabila ditanya "awak nak tak....." hihihi.. *malumalukucing* dan selepas buat pilihan, heee, tara!! gambar kemudian saya tunjuk. heeee <3 <3 <3

saya suka sangat moment malam tue.. terima kasih pada awak sebab minta saya temankan awak untuk pilih untuk rakan awak tue :) *rakan dia putus tapi nak pujuk balik exgf dia tu dengan beli cincin*

bila malam menjelma, kami pun pulang.. memandangkan saya ada meeting malam tu di bilik JPP. kami gunakan je bilik JPP,, saya bukannya hebat untuk jadi JPP.. :) selepas meeting, saya meluangkan masa bersama cik pwincess, cik kecik, dan cik y.. kak roha pun ada.. kami tolong2 dia buat BBM untuk diobserve minggu depan, minggu depan dia kene balik awal,, kan praktikum,, jadi kene pergi sekolah.. ! :) huhu.. kami cuti seminggu sampai hari ahad ni.. sebab belum praktikum lagi..

lepaking, ketawa dan tolong buatkan BBM tue.. bergelak ketawa,, hilang seketika duka nestapa..

yaaa.. duka nestapa tue saya yang mulakan.. jadi itulah balasannya.. saya tahu saya salah,, saya sudah pun minta maaf, dan saya takkan lupa saat saya dipujuk awak malam tu.. dan saya terharu saat itu, bile cikdemok mesej kata " awak, teruk mana pun awak, saya tetap nak awak.. saya tetap kasih di hati awak.." saya rasa saya sangat teruk wak ketika itu.. T.T

alhamdulillah, kisah semalam jadi pedoman.. saya takkan lagi undur ke belakang lagi.. saya takkan.. saya janji dengan diri saya.. insya allah..

dan hari nie, dah selesaikan semua tugasan untuk hari nie, tepat pukul 1230 tengahari saya dan cikdemok bertolak untuk pulang, ambil si kembar di SMAP Labu dan balik..

awak, terima kasih sebab bersabar dengan ragam saya... saya sayangkan awak sangat2..!! terima kasih sayangku <3 <3 <3

***************
selamat bercuti guys!! :)


6 Feb 2013

Brilliant Morning ^_^

hai semua... Assalamualaikum 

alhamdulillah, sambil jari menari menaip pada entry blog serta chating dengan cikdemok pada pagi ini.. sambil juga menyua hirupan susu Dutch Lady ke bibir... Alhamdulillah, haa,, nak cte ape tadi eh? em.. em..
haaa~

dah jumpa alek idea tadi.. sekarang telinga tengah mendengar bait2 lagu yg keluar daripada phone saya tue :) tetibe terputarlah lagu Rahmat Ujian dari kumpulan Mestica,, tetibe tersinggah kenangan ketika zaman sekolah dulu..

nak taw sesuatu tak? saya nie fanatik nasyeed ketika zaman skolah dulu.. semua lagu nasyeed,, liriknya saya akan salin dalam satu buku nie,,sampai penuh sampai habis page dalam tue.. bebudak sekolah nie suke hayati lagu2 dalam nie.. nanti kawan2 kite akan pinjam buku tue.. sebenarnya lirik-lirik nasyeed nie pada zaman sekolah laa.. lirik2 dia sangat menusuk jiwa..

dan saya nak share satu lagu pada pagi nie :)


Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

oklah, tak sempat nak hurai bait2 lagu nie.. cuba cari kat utube ya!! baibai! *nak ciap pergi kelas!!


5 Feb 2013

Lontar peluru, mampukah aku? :P

Alhamdulillah, selesai sudah kelas GERKO hari ni.. dan dan dan.. kelas menanti pada petang nanti.. wahhh!! seronok kan?? hihihihi.. kelas 2.30 petang nie.. sambung kelas PAI petang nie.. kelas Ustaz Fauzan, *bebudak kelas kene microteaching nanti*

haha, MAMPUKAH AKU??

hahaha, bagi aku kalau teknik betul,, ade energy bolehlah kowt..

dan mood saya pun berubahlah sedikit demi sedikit... waaa.. HAPPY taw.. haha lalalalala~

seperti biase kelas GERKO nie kenelah lari beberapa round dulu kat padang atas nie.. dalam 2 pusingan atau lebih hihihihi.. korunk boleh agaklah berapa psuingan yang akan saya buat,, cuba teka berapa yang saya buat?? hahaha, hey, saya buat dua okeyhh!! haaa~

lepas berlari uh,, streaching sendiri2 je lah..

den.,, tibalah masa untuk belajar LONTAR PELURU nie..

yang saya ingatlah, gaya nak lontar peluru tu ade 3, statik, menggelongsor dengan teknik o'brien..

statik nie, berdiri kat kawasan depan tue dan terus lontar, menggelongsor adalah menggunakan sedikit jarak sebelum mellontar ke hadapan,, kire nak lontar kene melangkah beberapa step ke depan dan lontar, teknik O'brien nie plak,, gaya berpusing uh.. haha, tak pandai nak explain guna penjelasan kat sini..

boleh tengok2 nota kat sini :) BlogbudakPJ korunk pun boleh baca sekali.. hehe

peluru nie, besi bolat yang besar tue, ade dua jenis.. satu untuk lelaki, dan satu untuk perempuan.. perempuannye lebih ringan sedikit daripada lelaki punya bola peluru tue..

tadi kiteorang guna bola ni sebagai ganti kepada peluru tue.. untuk berlatih membuat lontaran.. :) cara pegang pun ada taw, ada dua gaya pegang peluru tue, pertama menggunakan tiga jari dan ibu jari manakala jari kelingking dibengkokkan dihujung,, yang nie lebih selesa untuk digunakan,, gaya nie dapat menampung berat peluru lahh.. gaya yang kedua menggunakan semua jari.. yang nie cam tak cantik sangatlah untuk digunakan, tapi ada je yang gunakannya..

nie lah medan lontar peluru :)

 oryte, kalau saya, saya guna cara menggelongsor.. hihi, ikut keselesaan kite.. :)
oklah, nak cerita banyak pun.. takowt tersalah fakta.. tapi, bestlah dapat belajar olahraga nie.. haa.. manalah taw, kite dapat taw kite boleh main ke kan.. *haha,merepek*

kat sini ade contoh RPH : Lontar Peluru okeyh. :)

oryte.. k lah, nak prepare untuk kelas petang plak.

*baru dapat berita kene conduct Marhaban untuk esok malam, dengan myexrumate. oryte. tapi taktaw lagi kene ke tak. nanti kene tye semula.

huhuhu~ oklah, mau tdo jap! BAI! *eh, migrain?* Migrain dah cabut lari..hahaha.. lalalala.. tata.



Migrain ~

hai semua.... arhh, takowtnye saya nak masuk kelas ari nie.. u know why?? sebabnye saya dapat rasakan mood saya tak berapa baik pada pagi ni... :(

tolonglah, make me smile again.. for this morning.. please.. please..

semalam saya tidor macam biasa.. selepas bergolek2.. dan malam tadi saya rasakan sangat sangat sangat SEJUK! dan, saya bukannya seorang yang tahan sejuk.. waaa.. at least semalam saya dah pakai sweater pepel saya tue.. bergolek dan bergolek kat katil,, engat nak tarik selimut.. errr.. thennnn~

saya terlelap..

jadinye, tak jadi tarik selimut.. sejuk sangat.. :(

bangun-bangun jea.. pagi nie,, lepas mandi..

kepala ase berat.. uhh.. alhamdulillah, migrain semalam dah hilang sikit demi sedikit..cume pagi nie masih terasa..beratnya kepala.. harap semasa kelas t dah hilang,, and saya pun dah lupa sikit2 pasal migrain nie.. badan pun panas sikit.. sikit je.. tak sampai demam.. insya allah :)

dannnn.. hari nie ada GERKO!! hiihihihi,, hari nie belajar LONTAR PELURU,, waaa.. *larat ke saya nak angkat nanti*

huhuhuhukk~

harap mood bertambah baik pagi ni.. hihihi.. AMIN :)

tunggu cerita saya pasal LONTAR PELURU..hihihi.. oryte.. BABAI!~


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...