Pages




31 Dec 2012

SETIA ;)

kadangkala, menjadi wanita setia itu satu risiko.. tapi, itulah aku...
sejak sekolah lagi aku seorang yang setia.. setia pada kawan-kawan juga digelar setiakan? bukan hanya perlu setia pada kakasih dan sebagainya. aku pernah dikhianati dalam persahabatan,, apatah lagi ketika itu menjelang peperiksaan besar, iaitu SPM.. sungguh, bukan mudah aku melupakan kisah hitam itu,, hingga kini aku sukar mempercayai seseorang.. hinggalah tiba di maktab,, aku bertemu dengan seorang classmate.. aku fikirkan dia seorang yang setia,, setia dan sejati.. dan rupanya, hanya tinggalkan aku kala kesusahan..
aku biarkan je.. sehingga kini, dia dah ada kawan2 yang mampu bergelak tawa ngan dia..

aku tak kisah, sebab aku sayangkan dia..
sebab tue aku biarkan dia pergi dengan kawan-kawan dia..
kadangkala, ada juga dia mendekati,, merapati diri aku,, tapi aku tak boleh.. aku terasa lain..
mungkin malas untuk merasa dekat dengan dia,, mungkin juga malas untuk berkorban semangat setiakawan ini? yee,, kadang-kadang kite beriyee,, kadang-kadang kite yang berusaha untuk memberi semangat, di kala dia sedih, di kala kesuraman,, tapi yang kita dapat hanyalah tawar.. *itulah asam garam kehidupan*
ataupun, saat itu ase keikhlasan mula meninggalkan diri aku? *speechless.T.T*

setia,, apa lagi dalam berkasih.. perempuan atau lelaki yang setia ini lurus, selalu dipermainkan? tak dinafikan ada yang mengakui kebenarannya.. tapi sejujurnya, lelaki/ perempuan itulah yang tak bersyukur, mempunyai kasih hati yang menjaga hatinya hanya untuk sang arjuna atau sang puteri.... *pernahkan kamu fikir,,betapa susahnya seorang wanita atau seorang jejaka menjaga hatinya hanya untuk seorang bintang dalan hatinya?*

memang nilai kasih itu tak begitu tinggi, ia ibarat special sikit dari kawan biasa.. melainkan kasih itu diangkat dengan ikatan perkahwinan atau pertunangan.. nilai kasih yang diikat dalam diam/hati atau tanpa ikatan zahir ini,, merupakan janji setia dua kekasih untuk saling setia, menerima dengan seadanya,, percaya pada hubungan tersebut.. yakni pada cinta hatinya.. sebenarnya, tanpa kita sedari rupanya,, dalam menagih kesetiaan,, keterbukaan,, akan melahirkan sefahaman yang bermutu..apatah lagi kepercayaan.. kepercayaan seorang kekasih kepada pasangannya,, dengan terjaganya hubungan tersebut,, juga tidak disedari,, kita belajar menjaga kesetiaan, menjaga kepercayaan, menjaga hati dalam tempoh perkenalan hingga termeterainya satu ikatan yang kukuh,,

ikatan hati,, sudah bertunang tapi belum pada zahirnya, ape perlu buat? sedarlah pasangan2 sekalian,, belajarlah untuk setia, dan gapailah kemanisan dengan setia berkasih,, jadikan pasangan anda kawan rapat anda,, bila hati kita sentiasa ada untuk si dia,, segalanya tentang dia.. kadang-kala timbul masalah,, dalam hubungan,, saya sarankan pada anda untuk menyelesaikan dengan baik,, di kala emosi yang stabil dan tenang.. fahami si dia,, dengan memahami apa yang dia rasa,, apa yang si dia perlu tahu apa yang terbungkam dalam hati.. kadangkala sukar untuk berterus terang,, mungkin kerana ingin jaga hati si dia? di saat akhir, akhirnya pasangan anda rasa tertipu kerana pada awalnya anda ingin menjaga hatinya.. tetapi anda tidak cuba untuk berterus terang langsung.. carilah masa yang sesuai, dan cuba berkongsi dengannya..

lastly,, hati-hatilah dalam berkawan.. kadangkala seronok berkongsi segalanya dalam persahabatan,, tetapi jagalah hati anda jika persahabatan anda dengan berlainan jantina,, kemungkinan anda akan terjebak untuk lebih menyayangi kawan apabila sudah terlalu rapat,, kekasih hati dipinggirkan.. *semoga tak berlaku*

dan seandainya,, anda ase sesuatu dengan kawan-kawan anda *bagi yang berlainan jantina* jauhilah dengan segera,, sibukkan dengan perkara yang lebih baik,, ataupun luangkan masa lebih lagi kepada pasangan anda,,,,ingatlah segala pahit manis anda bersama yang tersayang-pasangan anda..:) jadilah pasangan yang membahagiakan =)

p/s : Andai ada yang tak bersetuju, ini hanyalah pandangan aku,, =) jum nilai diri kita sama-sama =)


29 Dec 2012

MENANG GA ~~

hai dan assalamualaikummm :D

selamat pagii.. tak pernah2 wat entry pepagii.. haha,, ape yang mengganggu mood pada pagi ni? hahaha, mood happy dan happy yeee!! yeayhhh!! menang hadiah dari Giveaway yang saya sertai baru-baru nie.. :D

firstly menang hadiah dari CikHazy sempena GA yang dia buat ari tue..

saya menang Doodle chibi 5x dari Alya Balqis Studio :D saya dah PM dah dengan ownernya iaitu Alya Balqis Studio. dan dia pun dah respon :D insyaallah akan dapatlah nanti :D

Alhamdulillah atas kejayaan ini.. wiiiiihihihihihi.. :DD *macam menang award lak kann..hihi*7
yelaaa, saya bukan reti wat doodle pun :D hihi *maybe akan belajar buat satu hari nanti*

dah lama nak update pasal menang GA by5imply Swack nie. boleh klik SINI kalau nak tengok senarai pemenang GA by cikHAzy :D saya no 2 :D

okeyh2, masuk kepada news hari nie plak! :D

BLOG SAYA MENANG LAGI :D

ingat tak saya ada join Lyana & Double NH Mini Giveaway ? saya tak pasti bila dia umumkan pemenang, tapi yang pasti bila tengok pukul 1.47.. hihi. okeyhh..

jum tengok apa saya menang ! saya menang Special Review Blog untuk 3 pemenang by Syiffa Azlan :D
dan blog saya dah direview pun :D boleh tengok kat REVIEWBLOG okeyh? :D

thanks sebab sudah Review blog saya :D

*malu jugak dikatakan awet muda*

hihihi, mulalah nak perasannnnn.. hihihi :P

perasaan menang GA, alhamdulillah, walaupun bukan menang hadiah utama, saya tak kisah, dah menang pun dah kira rezeki kan? :DD

btw, PAKCIK pun menang jugak, TAHNIAH pakcik :D blog dia pun sudah direview :D

PAKCIK nie bukan cikgu, dia bakal cikgu :D oklah. need to stop here :D baaabaiiiii! :D





28 Dec 2012

berjalan di alam maya :D

Hai semuaaa!! :D

sejak malam tadi dengan petang tadi,, saya buat ape tawww?? saya berjalan-jalan taw...! hehe. berjalan-jalan di alam maya.. :D saya blogwalking peserta-peserta Segmen Aku dan Blog yang dianjurkan oleh bro Palyy.. malam nie tepat kul 11.59 malam nie  merupakan dateline nye.. haaa,, sape yang tak join tuee.. jum cepat2 join !! :D :D 

katanya "10 blog yang akan aku pilih aku akan buat satu entri khas "Blogger Pilihan Aku dan Blog" dan blog yang aku berkenan akan aku follow" 

okeyhh! tue lah hadiah dari Paly :D mana taw anda mungkin pihannyaa :D

okeyh2.. dah habes blogwalking peserta-peserta dari segmen yang sama tue.. Alhamdulillah..

mungkin ade penambahan peserta, jap g nak tengok semula.. :D

dan alhamdulillah, tengok jenjalan blog orang lain uh, saya ada follow jugak peserta-peserta segmen tersebut.. andai ada yang tertinggal, saya minta maaf, sila bagitahu saya taw.. *takut terlepas pandang*

dan ade seorang blogger.. dia ade bagi saya header sebagai tanda follower yang bertuah, iaitu follower yang ke 700 bagi blog dia.. thanks adik Maisarah Azmi :D

comel sangat! :D dia kata sebagai penghargaan bagi follower yang ke 700 :D waahhhh, ramaikan follower dia..!! teruja dan teruja! :D

Thanks Maisarah!! :D 

okeylahh.. nak sambung blogwalking blog peserta-peserta bagi SEGMEN: Bloglist dan Blog REVIEW by BudakVanilla plak! chau chin ciiii.. babai! 


22 Dec 2012

Giveaway : Akhir Tahun vs Awal Tahun by Nurul

hai dan berjumpa lagi.. :DD

hari nie,, tengah godeh2 dashboard.. jumpa satu GA best.. GA dari adek Nurul. dia baru 15 tahun. teruja rasenye bila tengok adek 15 tahun sudah ada blog yang menawan hati. :DD

katanya, nie first time dia buat GIEAWAY. apa kata kita kawan2 blogger sertainya. hadiahnya superb!! hehe. hadiahnya ada telekung, jubah, topup, review blog, doodle, bloglist, voucher..DLLL memang terbaik lahh !! :DD



GA nie takkan tamat kalau kurang penyertaan,, 
anda perlu letak banner di blog atau sidebar 
tamat pada 31 Januari 2013

macam biasa sesiapa yang nak join boleh klik banner comel lote kat atas nie.. :DD

ala pinky2 gitu.. 

okeylahh.. jum join!! lagi2 yang berhajat nak menang telekung ka,, jubah ka.. mana taw rezeki korunkk!! 
GAMBATE!! :DD

jum Joinnn!! :DD 

okeylahh.. babai!! ASSALAMUALAIKUM :DD


21 Dec 2012

rindu pada kengkawan

tetibe macam2 memori mula masuk dalam ingatan nie semulaa..aku rindu kawan2 rapat aku mase sekolah2 dulu,, matrikulasi.. ngan rindu pada budak2 kelas kat uia dulu.. aku siyes rindu pada korunkkk.. :((

tyme sekolah rendah.. yang aku masih kontek lagi,, wani,, farahin,, sakinah..kami rapat sangat.. kalau tyme cuti sekolah kiteorang mesti ade plan nak pegi mana2.. kuar jenjalan ke.. kuar lepak umah dorunk ke.. sehinggalah sekarang,, masing2 dengan bidang masing-masing.. meneruskan fokus pada pembelajaran masing-masing.. kinah dah kahwin.. aku minta maaf sangat2 tak dapat hadir.. tyme tue aku ade program kat maktab,, sekarang kinah dah berada kat Perak.. tinggal ngan suami dia.. dia kahwin tahun lepas..

pernah jugak budak2 kelas kteorang nie kelas 6 Arif try buat reunion.. tapi nampaknye tak semua yang dapat hadir.. tapi aku tabic kat seorang budak laki nie,, dia dah pindah Kedah.. sanggup datang ke melaka untuk join reunion tuee.. hihi.. kalau ada reunion lagii, datang lagi ehh.. hihi *ntah bila lagi akan ada*

Farahin plak,, dia antara yang paling sopan lah antara kteorang nie.. dia baik sangat2.. dia pun dah kahwin.. sekarang nie tinggal kat k.l,, dah anak sorang dah.. :DD aritu aku ade wasup ngan dia.. anak dia sangatlah comell.. upe macam anak mat salleh.. aku tak leyh nak upload kat sini,, private katanya.. :D hehe. aku kalau ade mase nak je lawat member2 aku yang dah kahwin nie.. seronokkan dengar bila kawan2 dah bina rumahtangga masing2.. :DD *tetibe tak sabar*

sekarang tinggal aku ngan wanie.. hihihi,, wanie dapat satu matrik ngan aku,, matrikulasi Gopeng,, Perak.. aku plak dapat dua minggu je kat Matrik nie.. haa,, aku stil contact ngan wanie.. kalau de pape aku salu cte2 ngan dia.. tapi, jarang2 jugak sebab dia pun ade komitmen dia pada subjek belajar dia,,famili dia,, adek2 dia.. :DD


nie gambar kali terakhir keluar bersama :(
masa kat matrik, aku ada 3 orang rumate yang happy go lucky gila2. member2 kat luar, member kat kelas, member jiran bilik kteorang salu engat kteorang nie lama dah ke kwan? padahal, baru seminggu dua jer kenal.. AKU RINDU KORUNKKK!! aku ada nombor korunk, tapi aku penah text.. tapi tak de orang reply.. aku sangat rindu korunk.. kalaulah dapat jupe korunk agy.. mesty best! :DD aku akan try cari korunk kat mana2.. fb ke. tunggu aku okeyh?? hehe :DD

lastly,, nak ceghita tentang member2 aku kat uia.. raja nuramira, saida, raihan, a;fiyah, azizul azri, asnawai, talhah, faturrahman,, raihan, hidayah, syazreeen,, syahmeyah,, hana arif,, khatijah, aten yana,, erkkk.. ramailaahh lagii.. aku dapat stay kay UIA nie selama 2 bulan jea.. kos yang aku amek Biological science,, sebelum masuk kat UIA nie, kite budak2 baru UIA kene hadaoi test, test bahasa Arab dan Bahasa Inggeris,, test nie akan menentukan kite nie dapat kelas ngan sapa2 nanti.. dia setup kelas menggunakan level ni ngan bahasa Arab kite.. :DD and kos yang kite amek tue lahh.. aku kalau dalam kelas bi tyme kat UIA antara yang suke gak wat bising,,hehe,, sebab dapat geng bising,, bisinglah jadinya.. *hehe,jgn marah ea raja* aku rapat ngan raja,, raja nuramirah.. budak ganu.. bestlah kawan ngan dia.. dengan dia aku kongsi segala suka dan duka.. kalau dalam kelas an,, boring2 ann, kadang2 tak duduk sama pun,,  sebab dia dari marhalah lain, aku marhalah lain.. *kolej kediaman* kalau boring dalam kelas, mulelah jadi nakal. *tau tak kiteorang wat pe* hehe, aku atau dia akan mula pass kertas kecik macam notelahh.. sebab ngantuk dan boring punye pasal.. pastu mulelah ngarut2.. hehe.. 

raja nie sangatlah kelakar orangnye.. orang akan mudah tertarik dengan telatah dia.. dan orang femes gaklah dalam kelas.. hihi, aku tumpang2 jerk.. hihihi.. sebab tue ar, aku rindu kat dorunkk,, ngan dorunk salu pk happy jerr,,, susah senang aku ngan raja lah.. yang lain,, rapat gitu2 jer.. tapi setiap budak dalam kelas aku ade personaliti masing2.. tue yang best uh,, dan kebanyakkannye boleh wat orang lain gelakk.. kih4.. alhamdulillah, aku masih kontek ngan dorunk,,, dan aku harap aku takkan kehilangan kawan2 lagi.. 

lagi satu aku rindukan kawan2 aku masih kecil dulu.. masa aku kat Perak, Sekolah kebangsaan Kemunting, Taiping Perak.. antaranya Hairun Nazirah, Naim, Siti Hajar, Izzah, Adlee, lokman, Syarifudin, Ain, Julia,Megat dan lain lain. kalau sesiapa yang kenal member2 aku nie,, boleh bagitaw kat aku tak? kawan2 masa kecil nie, aku ada dapat kontek sorang,, Hairun NAzirah.. sekali lepas dapat kontek tue, hari selepasnya dapat berita dia accident, jadi nombor dia hilang,, dia guna nombor kakak dia.. ntah macammana ntah, nombor dia hilang.. 

macam mana aku dapat kontek semula? nie antara usaha aku,, aku cuba ingat semula alamat rumah dia.. cuba try ingat satu2.. lorong bape,, no rumah bape.. aku tulis surat kat HAIRUN nie.. dan ternyata, dia dapat surat aku.. dia balas surat aku.. dan sekarang, aku lost kontek semula,,, :( 

member2 tyme kecik2 nie, sekolah kat sSekolah Kebangsaan Kamunting, Taiping, Perak, aku dulu tinggak kat Taman Mewah, salu nek pak ya (van) ke sekolah. Sekolah dua sesi, pagi ngan petang,,  antara nama cikgu sekolah rendah yang masih aku ingat, cikgu Rosalina, guru kelas aku.. 

oklah,, aku rindu sangat kat korunk.. doakan aku dapat jumpe member2 yang aku dah lost kontek uh. :DD

insya allah, AMIN :DD




memories anak muda

hai !! lewat2 malam nie,, saya nak update ceghitaa.. ceghitaaa pasal saya tyme muda-muda.. waa. muda-muda?? *sekarang nie bukan mudakah* sekarang umur baru masuk 21 tahun.. dah remaja taw.. hihihi.

semalam, my kazen,, cik bad datang rumah.. dia mahu menumpang selama satu hari kat rumah saya. berani taw dia. datang sorang2 je :DD saya tabiklah kat dia.. tabic springlah orang kata. ~~

meh sini saya nak cerita,, cerita kami.. cerita saya dan kazen saya nie.. dia merupakan sama umur dengan saya. waktu muda-muda dahululah.. saya, cik bad,, dengan cik ida..*cik ida nie pun sebaya dengan kami* kiteorang nie rapat. haaa, kalau balik rumah nenek,, mesti orang akan panggil,, 3 dara pinggitann.. waaa.. *best ark orang panggil gitu* hahaaha . layannn~~

tue serba sedikit intro pasal kami 3 dara.. :DD

malam semalamlah, dia duk satu bilik ngan saya,, menumpang bilik saya,, jadinyee.. tyme nak tidur nie,, apelagii.. berborakk le jadinyaa.. hihi.. macam-macam kisah tyme kteorang muda-muda dulu dikisahkann malam semalam.. haa, sampai pukul 3 pagi kowt bercerita.. kih3..

antara kisah-kisah hangat yang jadi sebutan kami..

cerita pakai inai

wahahahaha,, kat umah nenek saya,, ade banyak sangat pokok inai.. asal tyme cuti je,, mesti ktoerang and famili kazen2 alek kampung.. antara pengisian fizikal kiteorang bertiga.. hihi. pegi petik daun3 pokok inai nie,, haaa,, then g tumbuk sampai lumat.. ketiga-tiga nie lah,, duk buzy mencantikkan diri.. kah3.. kteorang duk kat hujung penjuru rumah nenek,, kat pintu belakang umah nenekk.. buka je pintu belakang uh,,betul2 depan uh ada pokok inai.. haa,,ape lagi.. naseb baik pokok inai tue tinggi dan besar.. kalau sedang2 memang habeslah daun pokok inai tue.. lepas dah lumat uh,, masing2 duk tepek2kan inai uh kat jari2.. haha,, masing2 lah.. budak2 kan tyme uh.. kecik2 dah berinai.. haha.. memang duk lepak bertiga je..


cerita kedua

haaa,, kisah kedua niee.. hihi.. ceghita budak2 ann.. budak2 beselah.. tak menjaga sangat personaliti.. huk3..  hurmm.. selalunye,, bile balik kampung,, mak2 akan mule operasi kat rambut2 kami bertigaa.. duduk kat bawah pohon rendang kat depan umah nenek tue,, bila mak2 masing2 dah panggil,, cepat2lah ngan kalutnye kami g kat mak masing2.. operasi apa?? huhuhu.. lu pikirlah sendiri.. hihihi.. mak2 duk buat operasi kat rambut2 kteorang,, huhukk.. kteorang diam membatu je laa.. dah kene leteaaaqqq.. haha.

cerita ketiga..

cerita main congkak.. hahaha, disebabkan kteorang nie bertiga.. main congkak pun kene main bertigaa.. hahaha.. kan main congkak kannn berdua jer.. yelaahh.. masing2 kaki merajukk seyh.. nak tak nak kenelah main bertigaaa.. tak nak bagi yang lain2 merajukk.. kan3.. hahaahaha.. kalau dah rapat sangat macam tue lah jadinyaa..

cerita keempat

hihihihi,, yang nie bile dah besar jarang kiteorang buat.. solat sama-sama.. hehe. kecik-kceik dulu ann kuat pengaruh.. "weyh, ko tak solat ke.. ko tak solat t dosa aww" kuatnya nasihat guru sampai macam tue pengaruh pada budak2 kecik.. kan kan.. ade antara kami nie belum solat g, jadi alang-alang semua belum solat,, kiteorang solat sama-sama.. tapi tak da imam punn.. sembahyang sama-sama,, yang nie perhati sebelah,, yang sebelah perhati sebelah.. hihihi.. yang nie dah ruku' yang sebelah ikut sekali.. hihihi..

bila diingatkan semula, upenye banyak memories kite tyme kecik kecik tiut miut nie.. haha,, tyme cuti raya, kazen2 semua main bowling,, abang2 sedare yang tengah remaja nie duk usik2.. "nurul mainlahh,,bowling nie" bila main,, selalu masuk longkang.. lepas tue kene gelakk. lepas tue merajukk.. baling bola bowling kuat2 sebab geram.. last2 strike.. keh3.. bangga ark? kui3~~

*panggilan sedare mare saya kat saya , nurul*

saya ada gambar kami bertiga.. huhu nie haaa

 
CUBA TEKA, NEESA MANA, IDA MANA, BAD YANG MANA?? HEHE.
HAAHAH, teka cepat!! t saya bagi hadiahhh!! cepat.. cepat.. hehehe.. :DDD

dah dapat teka dahh?? t saya bagitaw kat bawah ea?? heee :DD


jeng jeng jeng................................................................................................

gambar kat atas tadi tak da pun gambar saya, bad ngan ida.. gambar kedua nie barulah kami bertigaa.. hhihihi.. cik aneesa yang kiri sekali *tyme nie saya berisi gila* sebelah saya cik bad,, yang kanan sekali cik ida :DDDD
nie usia kami baru lepas SPM hihihi.. tengok tudung saya,. tajamkann?? hikhikhik.. :DD

oklahh.. ntah papelagi nak merepekk.. huhu.. oklahh..

p/s : macam mana rupa blog baru saya? cantik tak? ngeee.. lagi satu nak tanya, blog saya nie loading lambat tak? perlukan komen kawan2 bloggerr ,, komen2 pleaze.. huuuu..




20 Dec 2012

SET QURAN MODEL I-FURQAN

  • Pen pembaca Al-Quran ini boleh membaca semua muka surah dan ayat dengan hanya menyentuh ayat di risalah Al-Quran.
  • Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara yang berkualiti tinggi yang dibina dan dibantu dengan earphone stereo.                                                                               *Lubang di bahagian atas merupakan tempat untuk sambungkan dengan charger.Dua        butang itu pula butang untuk menyelaraskan volume sama ada nak kuat, sederhana, rendah atau sebagainya.. :) 





  • Kitab al-quran ini lengkap dengan cetakan huruf othmani diatas kertas ekslusif berserta dengan permukaan buku yang cantik.
  • Keistimewaan kitab Al-Quran ini kerana setiap muka surat bermagnet dan mempunyai kod-kod yang unik untuk setiap surah dan ayat. 
  • Setiap isi kandungan telah diluluskan oleh K.D.N (Kementerian Dalam Negeri Bahagian Percetakan Al-Quran)



CHARGER PEN AL-QURAN
USB CABLE

  • digunakan untuk memindahkan suara rakaman kita, dan juga untuk memasukkan lagu-lagu nasyid, ceramah atau sebagainya ke dalam pen Al-Quran.


EARPHONE

  • Jika anda ingin dengar bacaan di dalam bas atau sebagainya yang memerlukan hanya anda sahaja pendengarnya, boleh gunakan earfon.... :) 



TALI PEN
  • Tali pen ini aksesori tambahan bagi memastikan pen Quran Digital anda tidak tercicir :)  


PANDUAN PENGGUNA




 - Ia sangat mudah digunakan.Hanya dengan mengikuti buku panduan, anda boleh terus membaca kitab al-quran kami bila-bila masa sahaja




WARANTY CARD
  • Jaminan selama setahun bagi pen Al-Quran sahaja :D


BUKU DOA HAJI DAN UMRAH

  • Buku doa haji dan umrah ini mudah digunakan dan sangat berguna sebagai persediaan orang Islam yang mahu memantapkan Haji atau Umrah di Makkah dan Madinah


BUKU PEMBELAJARAN

  • Amat mudah dan senang dipelajari oleh kanak-kanak, bagi yang berbahasa arab, pelajar tahfiz, pelajar yang bukan berbahasa arab dan juga pelajar yang lembab dan sukar memahami atau mengenali ayat –ayat.
  •  Buku ini juga mengajar bahasa arab, zikir-zikir dan doa-doa harian yang sesuai dengan peredaran zaman.


KAD INDEX SURAH
  • Dengan hanya menyentuh sahaja mata pen pada nama surah yang tertera di kad index ini, anda akan dengarkan surah-surah pilihan anda...
  • Misalnya di dalam bas, anda boleh bawa kad indeks beserta pen sahaja untuk menemani anda sepanjang perjalanan dengan bacaan-bacaan surah Al-Quran dari qari yang anda pilih. 

ANDA BOLEH MENYELARASKAN PEN ANDA MENGGUNAKAN KAD FUNTION INI..
sungguh mudah :D
p/s : Berminat untuk mendapatkannyaa?? sila wasup atau hubungi saya di 0192065692. ataupun boleh bertanya di FACEBOOKSAYA atau di ruangan komen di bawah ini atau di ruangan c.box saya :D

sebarang pertanyaan amatlah dihargaii.. 

HARGA SANGAT BERPATUTANN :D




6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI QURAN DIGITAL INI:)



6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKINYA!

1.MUDAH DIGUNAKAN - TERMASUK ANAK-ANAK KECIL
Ya, budak kecik pun boleh gunakannya! Ini menunjukkan kepada anda betapa ianya sangat senang digunakan! Tak perlu tahu IT, tak perlu kemahiran teknikal! Start pen, buka Quran, tunjukkan pen pada mana -mana ayat Quran yang anda nak baca, dan ianya akan bacakan untuk anda! Sungguh senang nak belajar!


2.SAMA MACAM QURAN BIASA, BEZANYA ADALAH TEKNOLOGI

Ianya dah lengkap sama seperti Quran biasa yang anda gunakan. Malah disediakan Iqra untuk anak-anak, dan juga buku doa yang anda boleh pelajari. Guna pen bersama Quran, Iqra dan buku doa ini,insyallah anda sukakannya! Boleh belajar sendiri, boleh ajar anak baca Iqra, dan anda sendiri boleh menghafal doa dengan mudah!


3.TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU DAN ENGLISH

Baca Quran tak lengkap kalau tanpa terjemahannya! Dalam pen ini, anda juga boleh mengetahui tafsiran Al Quran dalam Bahasa Melayu Malaysia, dan juga bahasa Inggeris. Tak perlu susah-susah cari tafsir Quran dah! Nak BM boleh, nak BI pun boleh..

4.BACAAN DARI PAKAR, 4 QARI MAHSYUR

Belajar dengan cara mendengar bacaan dari Imam Besar Masjidil Haram dan dari 4 Qari POWER iaitu Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Nak pandai, belajar dari PAKAR....Suara merdu, bacaan tepat dengan tajwid yang betul, dan dengan taranum yang mengkagumkan.

5.ADA LAGU MP3

Nak santai-santai selepas baca Quran? Ada MP3 merdu untuk anda! Nasyid-nasyid yang merdu bakal anda dengari! Yang bestnya lagi, anda boleh DOWNLOAD lagu-lagu nasyid di komputer untuk disimpan dalam pen quran digital ini. USB Cable dah tersedia!

6.TAK GUNA BATERI DAH, GUNA CHARGER
Ya, dengan model terbaru ini, anda tak perlu bazir duit untuk beli bateri lagi! Charger elektrik dibekalkan bersama! Dah guna 8 jam, anda hanya perlu cas semula sahaja! Sungguh senang!

p/s : Anda juga boleh hadiahkan buat yang tersayang,, buat kedua ibu bapa,, buat rakan-rakan,, selain itu,, boleh digunakan untuk dijadikan barang hantaran pada hari bahagia,, dijadikan hadiah harijadi.. dan sebagainya.. :DD


bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya di 019-2065692 atau wasup sahaja di no tersebut. anda juga boleh PM saya di FB saya Wardah Aneesa :DD

dapatkan dari saya dengan harga yang sangat berpatutann..
insya allah, harga bawah RM300 :DD

Apalagi.. JUM DAPATKANNYA!! 



Al-Quran Model I-Furqan

info ringkas tentang Al-Quran Digital ini !! :DD

1. Quran ini mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Tidak perlu bimbang atau risau akan masalah penggunaannya kerana pen ini amatlah mudah digunakan.

2. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari mana yang kita pilih.

3. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran bukanlah lagi boleh dijadikan alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya, kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh Qari-qari yang dipilih. Namun kami masih tidak dapat menafikan kepentingan berguru dalam membaca Al-Quran.

4.Al-Quran ini lengkap 114 surah/30 juz dan telah mempunyai kelulusan KDN dan Hologram dari Kementerian Dalam Negeri.

5.Quran ini juga berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu seperti lagu-lagu nasyid, nama-nama Allah, talbiah dan sebagainya.

6. Pen ni juga boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan leih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau tape.

7.Pen ini juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar bacaan tanpa gangguan dari bunyi luar.

soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan yang cakna.. :D


Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah whatapss di 019-2065692/014-3608233 atau mesej di sini :DD
Warm welcome untuk segala pertanyaan :D


18 Dec 2012

sapa sini dak IPG??

hai dan assalamualaikumm.. :DD

hari nie result final exam kteorang  dah keluar. kteorangg?? haha, yep.. budak-budak maktab perguruan akulah.. maktab lain ada yang dah keluar,, ada yang belumm.. nie pakcik yang gtaw tadi.. dia kasi link nie.. =====>>>  http://219.92.7.20/items/pelajar/stuPaparKep.php?e=2290&s=4&p=1000 untuk check.. :D :D

maktab perguruan Raja Melewar.. haha, bukan Raja Kapoooorrr hokeyhhh?? hahaa.. :P

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.. aku bersyukur dengan rezeki hari ini.. Alhamdulillah.. :')

cumenye aku takut jika niat dihati untuk berbangga dengan result yang aku dapat.. jauhkanlah aku YA ALLAH..

buat yang dapat maintainkan pointer dan pointer anda naik,, TAHNIAH aku ucapkan pada kalian.. :DD
bagi yang menurun,, aku pun pernah laluinya.. kita dah berusaha yang terbaik.. namun,, tak ada rezeki.. kita perlu juga bersyukur,, mungkin ada hikmah yang Allah suruh kita fikir2kann..



merenung di kejauhan bila teringat tyme exam tue.. huhukkks~

sebenarnye, aku tak menjangka dapat result yang baik,, tetapi aku syukur banyak2.. yelaa.. masa exam tue,, hanya Tuhan yang tahu ape yang terjadi.. tapi tak mengapa.. benda dah lepas :'D bak kata seseorang,, tak perlu pusing belakang,, jika perkara itu tak perlu pon untuk kita imbas kembali.. hehe. thanks pakcik :)

cumenye lagi.. aku tak percaya,, bila tengok perkataan.

KEPUTUSAN : Lulus, Teruskan pengajian

teruskan perngajian?? huhu~~ memang seronok tengok tapi maknanya, sem depan aku dah berada dalam semester 5.. waaa.. debaran semakin terasa..... *am i dreaming?* huhuhuhu~~

wahh.. aku bakal berusia 22 tahunnnn.. aku bakal berpraktikum selama sebulann.. bersediakah aku?? insya allah :D

semoga hari akan datang memberikan kita kehidupan yang lebih baik,, tetapi kalau kita tak usaha dan usaha,, kita takkan kemana..;)  andai matlamat tak seperti yang kita harapkan.. mungkin rezeki kita juga bukan di situ.. apeapepun, kita perlu bersyukur.. dan bersabar.. kan? ;)  sebenarnya,, dapat pointer tinggi ataupun rendah kedua-duanya adalah ujiann.. sama ada kita lalui dengan baik ataupun sebaliknya,, hhuuhhuu,,.. terpulang kepada kita untuk hadapinya.. :DD

btw,, TAHNIAH buat SEMUA :DD

ini buat semua kawan-kawannn!! TAHNIAHH!! :D

mendalam maksudnya kan? :DD


bila aku jatuh,, aku salu terfikir,, ada kowt yang tak kena dengan aku nie.. MUHASABAH semula..
oklahh.. bubuiii :DD


17 Dec 2012

harga blog ? uisyhh

aku jumpe sesuatu kat blog ciknabilamedan-taipmenaip hehe..

aku baru tahu cane nak taw harga sesebuah blog.. akunye bape? haha.

akunye sikit je.. murah jer.. kui3..

meh pegi kat sini ======>>> http://bizinformation.com.my

okeyh lepas tue check taw! masukkan url korunk dalam tue..

mungkin aku baru tahu hari nie.. haha. btw, nak taw harga blog korunk. klik link tadi dan masukkan url korunkk.. ok??



nie lah harga blog aku.. murah je beb,,,



nak bandingkan dengan orang lain ade yg sampai cecah puluh2 ribu beb. haha. 

trylahh :DD

jgn lupa gitaw kat aku taw..!! hehe



JemPut Masuk!!~

hari nie nak bercerita.. dan bercerita.. ape kene dengan tajuk? kene tak?? nak ceita pasal tetamu yg datang rumah laaaaa :DDD

dah lama kowt tak update blog dengan cerita2 dari aku.. kuang3.. mana aku pergi? kenapa senyap jer? haha.. atceli dua tiga hari nie mood tak ada nak update. haha. ade banyak ssuprise dalam hidup aku nie.. apenye?? CER CTE CER CTE...

huhu, ade cikit pasal my love story,, kih3..

nanti aku cerita okeyhh??

hari jumaat lepas aku menerima kehadiran tetamu ke rumah nie.. kawan abg aku.. jadi macam biaselah.. aku pun tak taw nak buat ape sangat untuk sambut kedatangan tetamu nie, jadi aku wat kek batik je la..tue je yg spesel untuk tetamu.. bukan maksudnye tak de makanan lain.. ade jugak hokeyh!! ~~  :D

aku pun naik segan ngan kawan dia tue.. haha. kenapa-kenapa? *takdepapelah* ari ahad tue pun dorunk alek semula ke tempat asal meke.. ke tempat keje masing2 :DD

*********************************

semalam pun mak long, busu ngan nenek datang rumah.. atceli semalam aku susun atur semula kedudukan almari, katil, cermin panjang kat bilik aku nie.. buat sensorang taw.. haha,,, katil untuk dua orang tue,,, ngan almari gedabak besar tue aku tolak sensorang.. kih3.. *kuat tak?* hahaha.. habes idung aku..

HASYUMHASYUM.. tuelah hidung aku yg kuat sensitif nie.. kih3..

tyme kemas2 bilik tue tak taw pun sedara mare nie nak datang, dah separuh kemas tue..a.k.a berselerak,, dapat kol dan adik gtaw meke nak datang...wahahahahaaahaha.. memang kalut lah aku.. haha. cepat2 aku setelkan bilik,, dengan atur perabut yang dah aku plan tue.. malu plak nak update gambar.. t aku update ok? hehe.

then,, memang macam2 rezeki semalam,, kteorang main masak2 la semalam.. haha, kuew teow goreng.. mee goreng,, nasi goreng,, cempedak goreng,, memang banyak rezeki .. Alhamdulillaahhh :DD

dorunk saje2 je datang rumah.. bawa kain langsir yang mak ngah aku bawa ke umah nenek ari tue, dan kazen2 aku tolong bawa sekali lah ke rumah aku.. mak ngah aku duk k.l jadi ari tu busu pergi k.l pergi amek nenek kat umah mak ngah. cam tuelah ceritanya. then, tolong bawakan langsir tue sekali. :D

kawan2 ade dengar cerita pasal 3 hari akan malam berpanjangan tak? atau dikenali sebagai

The Dark Of The Earth

kalau kawan2 ada taw berita pasal nie, boleh bagi info tak untuk saya ketahui dengan lebih lanjut.. ok?

sebabnya,, mak long aku ade gtaw, kemungkinan akan berlaku 3 hari berpanjangan malam sahaja.. pada masa tue, bumi dan planet2 lain berada dalam 1 garisan lurus,, dan kemungkinan akan berlaku perubahan iklim,, kita akan kesejukan.. dan kemungkinan bekalan eletrik putus.. dan pesan mak long lagi,, yang kita kene bekalkan lilin, tepung, beras, sardin, lampu suluh.. untuk family masing2. *just in case perkara ini terjadi.

oklah, aku nak mencari info2 nie lagi.. oklah.. babai!! :)




9 Dec 2012

ouh, Birthday Girl! :D

Alhamdulillah,, usia semakin meningkat. sudah masuk umur 21 tahun.

haha, dah boleh mengundi dah! erk ==" *itu plak yang diingatkannye*

hihhihihi. ade orang kata umur 21 tahun nie maknanya kita dah besar dan dewasa.. betul ke??

btw, aku tak fikir gitupun.. aku masih anak ayah dan mak..

masih dalam jagaan mereka.. betul tak? kan kan kan..

aku harap aku tak jadi seorang yang lupa diri. Nauzubillah.

alhamdulillah. masih dikurniakan nikmat untuk hidup, walaupun aku taw..

aku bukanlah seorang yang sempurna,, macam orang lain..

*kenapa sedih dan pilu je nie?*

**********************************

btw, thanks kepada myHero, sebab wish paling awal lagi..

tepat kul duabelas dia kol. *engatkan dia tengah bizi discuss pasal g k.k tue, mmg tak aspect dia kol*

thanks awak!! *sedap taw suara awak*

hehehe,,, hahahaha.. tak taw nape happy+gigal ngat malam tadi..

tetibe aku teringat kat member-member kat maktab.. haha,

yeayhhh.. aku bitaw seorang member nie.. "selamatlah,, kite tak kene prank!" hahhaaha,, mmg aku gelak giler2 kat dia..

bila tiba hari jadi, memang tak sahlah tak de prank untuk dorank..

dan aku antara yang paling kuat kenekan org lain.*aku bukan dalang, tapi aku mmg kenekan abes-abesan*

yelah dengan tepung, telur semua ada,,cume kalau tambah minyak ngan api leh jadi cekodok dah..

kah3.. kadang-kadang men tepung2 nie leh tahu sape yg raja pecut.,, sapa raja kecut.. haha

*merepek*

oklah. btw, bulan disember tahun nie mmg banyak suprise untuk aku..

hurm, esok lagilahh.. waaaa... takutnye.. doakan aku dapat drive dengan baik esok! aku nak amek kereta esok.. rezeki aku kat manual plak..

tetibe je kecut plak bila pk nak bawak. huhuhu..

my wishes on my birthday:

  • aku mendoakan aku menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini.. <muslimah solehah>
  • aku mendoakan supaya aku dapat menjadi seorang yang lebih matang selepas nie..
  • aku mendoakan segala impian hidup aku dapat menjadi kenyataan dengan berusaha,,berusaha dan berusaha.. :D
  • aku mendoakan aku menjadi the best untuk whole my life. *kita hidup di dunia nie hanya sekali, once kita dah bUat yang terbaik untuk hidup kita, SEKALI dah memadai*
  • aku mendoakan aku dapat pointer yang tinggi selepas nie..akhlak,akademik dan sahsiah yang baik :D
Amin amin Ya Robbal A'lamin..


tak sabar menanti hari-hari yang seterusnya ! GAMBATE ! :D

alhAMduLiLLAh , alhamdulillah dan ALHAMDULILLAH :D

p/s : terima kasih kepada rakan-rakan yang wish birthday saya pada hari ini.. hehe. btw, hadiah ada tak?? hehe :D *gurauan semata-mata*



8 Dec 2012

DOA buat Sahabat~



ya, besar erti sebuah persahabatan..

sehingga aku turut terasa sedihnya..

semoga sahabatku tabah..

semoga dia juga turut tabah..

mendengar berita-berita sedih..

semoga hati mereka tenang menghadapi segala musibah..

begitu jua aku..

insya allah. :')

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

teringat kembali kepada berita pemergian ayah seorang sahabat..

bagaimanakah dia menempuh hidup-hidupnya sekarang..

dan berita pemergian nenek seorang senior..

semoga hari-hari mereka tabah dan sabar dengan ujian..

Ya Allah,,

kuatkan hati-hati mereka menempuh ujian dariMU

moga mereka tabah dan kuat..

AMiN :')


7 Dec 2012

Rindu


Rindu | Rindukan seseorang? Ada yang kata kita boleh kirimkan al-fatihah supaya orang di sana dapat merasa rindunya kita pada dia. Kebanyakkan yang Wardah dengar pun begitu. Anda selalu dengar macam mana pula? Jadinya. tengok gambar bawah ni. 


Rindu?? Kirimkan doa. :)

rindu dan hadiah buatnya

Rindu, sayang terus berkait rapat. Jangan lupakan mereka yang kita sayang dan kita kasihi. 

Rindu? Pilihan anda?


6 Dec 2012

Tip Cinta Lagi




Tips Cinta Lagi


Cinta bukan sekadar ungkapan keramat “I Love You”, “aku cinta kamu”, “kamek sayang kitak” tapi cinta melibatkan hati dan perasaan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang yang betul-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana mungkin mereka satu diantara seribu

tertanya-tanya adakah tips atau cara bagaimana untuk memelihara pasangan dan cinta sejati kita dari hilang dari pandangan kita? jom kita lihat 10 tips bagaimana nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang..

1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu. <3 <3 <3

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

macam yang aku cakap diawal tadi, cinta yang sejati amat sukar dicari, namun bila dah jumpa cinta sejati itu, belailah ia, jagalah ia dengan sebaiknya kerana mungkin cinta sejati yang datang itu satu dalam seribu, semoga tips-tips ini dapat membantu korang dalam memelihara cinta sejati korang..

|copypasta| sini


♥Tip kekalkan hubungan♥

hai dan assalamualaikumm.. :)

tetiba nak kongsi tips bagi pasangan bercinta..

walaupun nie bukan dari saya..

saya hanya google2 sahaja..


jum kita lihat!


13 TIP UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN

1 Sentiasa sayang menyayangi

Memang satu fitrah manusia perlukan kasih sayang dalam kehidupan. Kalau tak ada kesayangan pun, cukuplah yang satu orang tu tahu yang ada orang masih ambil kisah dengan kita atau senang kata benda yang bagi kita tak bermakna sebenarnya mampu memberi motivasi untuk pasangan kita tu. Percayalah dia sangat memerlukannya..

2 Jangan tipu

Siapa yang suka di tipu? Kalau kita dalam hubungan yang baik, tiba-tiba hubungan tu hanyalah palsu. Pastinya terasa seperti buang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan taik kambing. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul tipu-tipu yang lain.

3 Sentiasa timbulkan suasana yang menarik ataupun sentiasa berkomunikasi

Dalam kelas bila sunyi apa kita rasa? sunyilah jawapan dia. Rasa bosan, tak rasa seronok nak belajar. Cuba bila ramai kawan-kawan kita memberi respon yang baik untuk setiap kelas, selalu bertanya selalu ikut perintah cikgu, selalu bertanya dengan kawan-kawan lain tentang kerja sekolah yang di beri, selalu bincang tentang perkara yang kita tak faham, mesti terasa seronoknya keadaan tu. Serupa juga dengan hubungan, kita perlukan komunikasi untuk cipta satu suasana. Tanpa komunikasi jangan di angan satu keajaiban indah akan berlaku dalam kehidupan berpasangan.

4 Selalu bersama.

Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan pasangan. Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita, tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.

5 Bila berduka, belajar untuk maafkan dan lupakan

Memang, dalam bab memaafkan kita memang payah untuk buat. kita kena cuba biarlah ia sepahit mana pun perkara itu, kita kena tempuhi. Bayangkan macam ni lah, katakan kita jarang sekali basuh pinggan bila habis makan, selalu kita biarkan dekat mak kita untuk basuh. Cuba satu hari nanti, bila habis makan terus angkat pinggan dan basuh sendiri. Tak perlu fikir bosan, payah, jijiknya basuh pinggan tu. Dalam masa beberapa minit, akan selesai masalah yang kita fikir tu dan semuanya terus selesai. Boleh aplikasi untuk masalah memaafkan orang? cubalah. ;)

6 Jangan bercakap tentang putus hubungan

"Kalau satu hari tiba-tiba kita break macam mana, kita akan berkawan tak?" Pernah tak sekali bila korang berhubungan dengan pasangan yang korang sukakan, tertanya akan soalan tadi? Kalau pernah, lepas ni jangan tanya. Benda tu boleh bawa kepada fikiran negatif yang mungkin akan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Kenapa? Sebab apa tanya soalan macam tu? Jangan sebut 'saja', itu jawapan klise. Cakap je yang sebenarnya kita terfikir nak putus hubungan. Kan senang berterus-terang.

Cuba, jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali kita berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa kita terus kepada negatif. Kenapa? pernah belajar math kan? tengok equation ni lah sebagai contoh.
+ dengan + sama dengan +
- dengan + sama dengan -
- dengan - sama dengan -
- dengan - sama dengan +
See, contoh la jika bahagian 1st tu sebagai fikiran dan 2nd tu sebagai hubungan, bila fikiran kita negatif tapi sebenarnya ketika itu hubungan kita positif hasilnya ia tetap akan membawa kepada negatif. Kenapa? sebab  dah cakap tadi, kenapa perlu cakap benda tu? Akan punya terjadi.

Lain pula kalau kata, fikiran kita negatif, tapi hubungan pula negatif, tetap juga negatif hasilnya. Tapi kalau kedua-duanya negatif, jangan pula korang main buat dua-dua negatif tanpa sebarang tindakan untuk mempositifkannya. Mungkin bila fikiran kita negatif, tambah pula hubungan yang negatif membawakan kita untuk bawa berbincang dengan pasangan. Bawa bincang tu maknanya apa? positif lah kan? ;)

7 Jangan cakap 'semuanya baik' walaupun sebenarnya ianya tidak
"awak okay?"

* "okay" Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu api kemarahan membara mengalahkan sang matahari membakar badannya sendiri. #amboi ayat.
Memang kita selalu nak menjaga hati si dia walaupun dalam hati kita sebenarnya ada benda kita tak suka dengan dia. Buang sifat itu, kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri kita menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. Ada pula sampai yang sanggup melukakan diri hanya kerana kita enggan memberitahu seseuatu yang kita tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan kita. Hari ni cuba buang sifat tu, terus terang apa yang kamu ingin katakan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

8 Jika kamu minta maaf, biarkan ianya benar-benar

Betul lah kan? Kalau nak minta maaf, buatlah dengan ikhlas, dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respon daripada si dia. Kalau dia tak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia berasa tenang hati macam tinggalkan sekeping nota mengatakan yang kita memohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.

9 Jangan bercakap tentang bekas kekasih.

"awak kenal tak yang si Nabel tu, ala ex I yang handsome dulu tu. . . "
Ini kalau pasangan sorang lagi dengar, confirm berapi je seluruh badan dia, bukan setakat telinga je, hati, tangan, kepala, badan, kaki, rasa semua benda ringan je. haha Okay, cubalah jangan buat cam ni, baik lelaki atau perempuan sama saja.

10.Jangan bezakan kehidupan yang lalu dan sekarang

11 Ambil perhatian tentang perasaan si dia

Setiap orang memang normal perasaan atau senang nak faham orang kata feeling manusia ni. Kadang-kadang dengan top punya level, kadang rasa muram, kadang tak okay. So masing-masing berilah kerja sama, kalau ada yang mood dia tak ada, cubalah kembalikan mood dia kepada yang baik.

12 Bila anda bergaduh, jangan biarkan hari itu berlalu tanpa menjadikan ianya kembali pulih (hubungan)

Faham tak? Bila kita gaduh, tak kesah la pasal apa pergaduhan tu. Tapi kena pastikan, jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya selesai dengan cepat. Katakan hari ni kita gaduh, lepas tu kita terus tidur, malas nak layan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, minggu depan. Nanti lama-lama stress. Aiyoyo~

13 Jangan cuba menjadi seorang yang sempurna, cubalah menjadi yang terbaik

"Aku nak beli BMW, supaya dia bangga dengan aku"
Cuba berfikir secara matang untuk kebaikan bersama, "kalau aku dapat membeli sebuah kereta memudahkan kita bergerak ke mana sahaja, kalau aku membeli sebuah rumah yang luas sedikit pasti memberi keselesaan tambahan pula anak makin ramai, esok kena beli katil besar pasal badan dia makin besar" ;p


tips kekalkan hubungan kekasih
haaa, ingat tue :)

|COPYPASTA dari sini  |



3 Dec 2012

Wonderland Melaka | Enjoy!!

Wonderland Melaka | Enjoy !! | Wardah nak cerita pasal pegi Wonderland hari nie. hehehe. best gila dapat pergi. Apa tu Wonderlandd??? Ia adalah Taman Tema Air  macam kat Waterworld Pedas tue.. tapi nie lagi best laahhh :)

Nak beritahu dulu, setiap tahun keluarga besar Wardah akan ada Family Day,disebabkan tahun nie kami sekeluarga dan sedara mara semua dah berjalan ke Kelantan, dan ke Teluk Intan, dis year tak delah Family Day. dan pada itu, cuti sekolah nie diisi dengan pergi Taman Tema Air nie. kire wat penggantilah sebab tak de Family Day tue.. Antara keluarga yang pergi Wonderland nie, keluarga Wardah, Mak Long, Mak Lang dan Busu serta nenek. :)

Semalam lak, Wardah ada buat kek batik ngan puding.......

pergh, engat boleh lah menikmati kek batik nie masa lapa-lapa dalam uh.. ahaaa.. erm.. xdpt pun.. ~

Tiba di sana,jam 10 pagi kteorang sampai. Ya Allah.. ingatkan ade beberapa bijik kereta jea, tapi banyak sangat. Means pepagi macam ni pun dah penuh parking. Apatah lagi kalau datang lewat petang.

Sampai kat pintu pagar. Makanan tidak dibenarkan masukkkk!! haiyarghhh. jadi kek batik Wardah terpaksa ditinggalkan di kaunter penjagaan tue.. huks.. sedih sgt... balik nanti baru boleh amek semulaaa.. T.T

Wonderland, bestlaaa.. ade banyak game..Wardah naik semua game yg guna dengan boya uh..eh. atau namanye pelampung..  yang game single-single tak naik.. Wardah pakai tracksuit jea. tak de swimming-suit. keh3. Wardah tak main game yg no 3 tue.. sumpah tak nakk.. huhuwuwuwuw~ Maluuu lerrr :P

permainan di Wonderland Melaka
permainan-permainan di sini :)

haha,Wardah naek ngan kazen-kazen Wardah. Huu, Wardah kaki jerit.. maaf ye semuaa.. hikhikhik.. 

Wajah-wajah di Wonderland Melaka
wajah-wajah kepenatan main game air.. whooo.. macam nak terkeluar jantungg.. isk isk isk..

Pada mulanya Wardah tak main sangat. Maybe Wardah tak ada teman nak main sama. huhu. *kesepiannn* keh3.. then, kazen Wardah ajak men guna yang pelampung uh. Wardah pun men sekali. Ala, setakat nek tangga bawa boya, lepas tue duduk atas boya, then time belum bersedia dia dah tolak korang dalam gelongsorr.. hahaha. simple kan? hahaha. *cakap macam relax je kan, dalam hati Tuhan je yg tahu* hihi, Wardah memang seorang yang gayat sebenarnya. Bila dah sampai atas,, kan kite boleh view pergerakan pelampung tue kan.. haha, tetibe je jantung cam nak luruh.. kah3. erkk, tapi tue la hakikat yang Wardah rasa.. kih3. huhuhuuhuhuwuwuwu~ nak tak nak, dah naik,, kena lah turun.. tapi turun melalui gelongsor dialah kann.. ngeee~

Firts naik dengan pelampung tu, Wardah rasa orang lain tak adalah jerit mana pun.. Wardah je jerit tahap supersayadewa hoho XD *my kazen said, "nurul menjerit bukan main kuat lagi.." hahaha, upsss.. heeee, soryyy~~

Wonderland Melaka taman kanak-kanak
ini kolam untuk kanak-kanak, hihi aku yg dewasa pun naik jugak.keh3.
Pemandangan yang ni Wardah ambil bila dah tengahari cam tue.. ramai kan? pagi pun dah ramai, petang apatah lagi kann.. tak menahan sebab tempat nie memang ramai orangg.. so kalau nak dapat tempat duduk,, kenelah datang awal-awal. kalau tak, duduklah kat tempat terik.. kat sini memang panas.. dan Wardah tetiba terfikir,, mana datang sumber air yang banyak nie ek?..kene kaji alek.. uhukuhuk~

Big Wave di Wonderland Melaka
a biq wave nama kawasan nie.. kwsn nie seolah-olah kawasan pantai yang ada pentas tue.. ~~
Gambar 'a big wave nie'.. yang ada gambar bola pink, bola kuning tue pada waktu pagii.. yang belah bawah tue, belah petang dalam pukul 2 petang.. ramai tak ramainye wonderlanddd... huhuhukkksss~ ada maskot yang comel-comel taw.. hehehe.. Wardah ada juga ambil gambar dengan maskot.. hehe.. comel gilakkk..!!!


Maskot di Wonderland Melaka
comel kan? :P

Baby comel di Wonderland Melaka
telatah anak busu, namanya aish.. COMEL KAN?? hehehe ~

kanak-kanak di Wonderland Melaka
nie adeknya pulakkk.. so comeeelllll!! ~~

okelah, not bad. dalam pukul 2 petang kami pun pulang.. ade beberapa gmbar lagi yang Wardah tangkapp.. hehe. alek uh, tuntut semula kek batik.. uhukk, ngidammmm.. 

Makanan di Wonderland Melaka
gelap aih muka. 
Sebarang maklumat tentang Wonderland Melaka boleh rujuk MELAKA WONDERLAND

the latest price of ticket ke Wonderland Melaka :

Harga Tiket Wonderland Melaka

oklah. moga bermanfaat dan ape lagi. Jom Pergi Wonderland Melaka!!! ENjoy!! :P



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...