11 Jul 2016

Hari Raya Pertama 2016

Hari Raya Pertama 2016 | Alhamdulillah persiapan untuk raya pertama hampir siap, tinggal semalam sahaja baju emak belum ada. Jadi berjalanlah kami ke bazar ramadhan di Klebang. Alhamdulillah jumpa jugak baju yang memikat hati kami. Haha. 
Raya pertama, bangun pagi macam biasa, mandi dan siap siap, rupanya Wardah baru sedar tudung untuk Wardah tiada lagi. Makkk aiiii!! Warna tema bagi kami sekeluarga tahun ni ialah dusty pink. So nak tak nak memang susah sikit nak macth sebab Wardah tak pandai nak match warna. Last last Wardah match kan dengan warna merah makkk aii. Selalunya kami gerak ke rumah nenek selepas solat raya . Tapi raya pertama ni sebelum solat. Sebab tahun lepas kami paling lewat sampai. Tu yg ingat nak datang awallah tahun ni. 

Menjadi kebiasaan dalam keluarga besar kami untuk menziarahi kubur setiap kali pagi raya pertama. Ade tiga ke empat kubur yang diziarahi bagi mengingati semula kepada insan yang telah pergi. 

Kami juga akan konvoi selepas itu ke rumah nenek nenek saudara kami. Rumah yang pertama ialah rumah Cik Umar, kemudian, rumah di Pulau Gadong, kemudian rumah di Jalan Pokok Manggis rumah Pak Cik Zakaria dan seterusnya di Cheng. Tapi tahun ni rumah Nek Na di Cheng tiada kerana Nek Na sudah berpindah ke Ayer Keruh. 

Haaa, perihal duit raya!! Agak agak Wardah dapat lagi tak. Kihkih. Alhamdulillah, disebabkan belum kerja dapatlah sikit duit raya daripada sedara mara. Heeeeee. Tenkiuuu tenkiuu!! Padahal malu jugak niii sebab umur dah 25 dapat lagi?? Haha. Setakat itu sahaja cerita raya pertama. 

Nanti kite sambung raya kedua lak okiesssss. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...